Monday, November 30, 2015

Buah-Buahan Pelindung Jantung

Hari ni di kejutkan berita dengan pemergian pelawak negara,PakYus Jambu..Semoga Allah tempatkan roh arwah di kalangan orang-orang soleh..Di katakan punca pemergiannya adalah disebabkan serangan jantung..

Hari ni saya nak share sedikit info mengenai buah-buahan yang boleh menjadi pelindung jantung. Jantung organ sangat penting dan kita perlu menjaganya dengan sangat baik. 


KALIUM penting untuk tubuh.Kekurangan kalium di dalam darah (hipokalemia) boleh menyebabkan gangguan jantung. Ini kerana kalium juga berperanan dalam pengecutan otot,mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit tubuh serta penghantaran impuls saraf.


Untuk mencegahnya,ambillah kalium secukupnya.Sumber kalium terbesar adalah TEMBIKAI dan PISANG. 1 atau 2 biji pisang sehari sudah memadai untuk memenuhi keperluan kalium tubuh.

TOMATO bersaiz sederhana memberikan 340mg kalium,separuh kandungan kalium dalam pisang. Sumber kalium lain adalah kurma,kismis,avokado dan strawberry.

Semoga kita dapat amalkan pemakanan yang baik dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bagus untuk kesihatan ini.


Sumber: iSihat

Friday, November 27, 2015

Fungsi Butang Periuk Tekanan Noxxa dan Cara Menggunakannya

Bagi anda yang mengguna pressure cooker Noxxa, sedikit panduan untuk anda tahu kegunaan setiap butang dan cara menggunakannya.


Dah beli mahal-mahal,jangan peram tau:-P


Berikut adalah senarai fungsi butang dan tugas yang mampu dilakukannya:-
  • High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll
  • Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)
  • Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak
  • Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain
  • Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan mengguakan air mendidih
  • Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh kedalamnya.
  • Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.


Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
  • Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
  • Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.


Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dipanaskan kedalam pot.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  • Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
  • Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa
  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Letakan bekas /bakul penahan kedalam pot memasak.
  • Masukan minimum 250ml air kedasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
  • Letak makanan yang ingin dikukus/stim diatas bekas tadi.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  • Tekan buang STEAM dan set masa.
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan sedikit minyak memasak (ikut resepi) kedalam pot.
  • Tekan butang STIR-FRY pada panel
  • Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
  • Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
  • Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.



Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa
  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  • Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa
  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masakan)
  • Tekan butang DELAY
  • TIMER, anda boleh set masa perap dalam tangga 0.5jam (30 minit) sehingga maksimum 8 jam pada display dipanel.
  • Kemudian pilih mod masakan  dan jangkamasa masakan yang anda inginkan (hanya fungi Pressure cook, Steam dan Slow Cook yang perlukan setting masa)
  • Tekan butang ON/OFF dan fungsi masakan akan bermula selepas delay timer anda selesai.

Thursday, November 26, 2015

9 Teknik Meneran dengan betul semasa bersalin supaya Tak Terkoyak Besar

Proses kelahiran bayi adalah saat mendebarkan bagi kaum ibu hamil dan juga amat ditunggu-tunggu untuk melihat insan tersayang yang sudah 9 bulan lama di dalam perut ibu. nik kelahiran bayi secara normal memerlukan teknik meneran yang betul. Tidak hairan jika ada beberapa klinik swasta yang mengadakan latihan/exercise dan demo tentang teknik meneran yang betul supaya ibu lebih bersedia dan yakin semasa proses kelahiran.



Proses kelahiran bayi bukan suatu yang mudah. Saat antara hidup dan mati. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Jika ibu sudah melalui beberapa proses kelahiran mungkin sudah mengetahui teknik yang betul. Bagi ibu yang baru ingin menyambut kelahiran bayi sulong,sedikit tips penting untuk ibu ketahui cara meneran dengan betul supaya semuanya berjalan dengan mudah dan selamat


Teknik Meneran yang betul:



1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.
2. Mata pandang ke perut.
3. Tangan pegang pergelangan kaki.
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.
5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.
6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi
8. Dengar arahan jururawat dan doktor.
9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Banyakkan bertenang dan bersabar semasa proses meneran. Pastikan ibu sudah cukup tenaga,makan dengan kenyang atau alas perut sebelum proses bersalin. Sebab tu semasa bersalin anak ke 4,saya memilih untuk mengambil B Complex dan Vitalea sebelum bersalin.Dua-dua vitamin ni membekalkan tenaga segera dan berpanjangan serta membantu mengelakkan stress. Minuman ESP juga bagus untuk alas perut dan bekalkan tenaga berpanjangan sekiranya ibu tidak sempat untuk makan atau tidak ada selera makan.


Jika tersilap meneran,memang boleh menyebabkan luka koyakan yang banyak yang merumitkan proses berpantang nanti.

Apapun,sentiasa banyakkan berdoa dan yakin semuanya pasti dipermudahkan. Pengalaman saya melahirkan anak sulong memang memeritkan.Mungkin kesilapan saya sendiri tidak belajar atau ambil tahu daripada awal teknik meneran dengan betul. Sudahnya semasa proses bersalin,saya meneran di bahagian mulut..Bila sakit terangkat punggung walau doc dah pesan jangan angkat punggung..Tapi sebab sakit sangat tak tertahankan..Allahu,terasa sangat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu apabila dah melahirkan bayi sendiri.

Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin,saya doakan semoga di permudahkan dan selamat semuanya. Bayangkan wajah si comel yang bakal anda tatapi dan peluk nanti. Insyaallah Allah akan bantu dan banyakkan berzikir dan berdoa padaNya.


Banyakkan bacaan zikir ini




Antara entry-entry berkaitan dengan ibu hamil/berpantang dan menyusu:




Kurus selepas bersalin sampai turun 20KG!!




Sekiranya ibu-ibu masih mencari set berpantang dan ingin mencuba Set Berpantang Shaklee boleh hubungi saya (whatsapp SUE 016 358 9018). Saya boleh bantu ibu-ibu membuat pilihan yang terbaik dan berkongsi kisah saya sendiri yang mengambil set ini.

Credit: Majalah Pama


Kreativiti:Bahan Buangan akhirnya Menjadi Bahan Berguna

Kegunaan bahan-bahan buangan..bila di olah,digubah banyak kegunaannya:-)




\





Cantikkan??Kreatif dan menjimatkan


Tuesday, November 24, 2015

Cara Hilangkan Lenguh Pinggang dan Badan dengan Pil Kalsium Ostematrix

Sakit pinggang,lenguh-lenguh badan,sakit badan,kejang kaki memang sangat sinonim dan sering berlaku pada lelaki dan wanita berusia 30 ke atas. Faktor utama adalah kerana kepadatan tulang semakin menurun selepas memasuki usia 30an.Jika sekiranya anda kerap mengalami tanda-tanda ini,ia menunjukkan badan anda kekurangan kalsium.





Berapakah jumlah kalsium yang anda ambil setiap hari?
Adakah anda cukup pengambilan 4 gelas susu setiap hari tanpa gagal?
Adakah anda cukup pengambilan sumber kalsium lain setiap hari?

Bagi ibu hamil atau golongan warga emas mungkin kerap terjadi sakit-sakit badan,lenguh-lenguh dan bisa tulang. Paling sedih mereka terpaksa solat sambil duduk,baring sepanjang masa mengelakkan sakit. Nak ajak berjalan atau bercuti memang takla..

Cara paling mudah untuk atasinya adalah dengan mengambil kalsium shaklee - Ostematrix namanya. Pil kalsium ni bukan setakat mengandungi kalsium semata-mata malah ia megandungi magnesium,fosforus,boron,vitamin D,zinc,kuprum dan manganes. Semua nutrien ni sangat penting untuk mengelakkan endapan mineral dan meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan. 

Ostematrix bukan KALSIUM BIASA!!




Kandungannya mengandungi pelbagai mineral lain di atas untuk kuatkan matriks tulang kira. Ibarat kalsium ni seperti batu-bata dan mineral lain tu seperti simen yang melekatkan batu-bata tersebut.

Batu-bata yang kuat memang kukuh tapi jika tak melekat? mesti nak senang nak robohkan?

Sebab tu Ostematrix sangat special dan pengambilannya setiap hari mampu menguatkan gigi dan tulang serta membantu mengatasi masalah-masalah sakit badan,kejang,sakit pinggang seperti di atas.




Pil kalsium ni sangat penting untuk ibu-ibu hamil dan menyusu..Yerla kalsium ni nak dikongsi bersama bayi tersayang,jadi ibu-ibu kenalah rajin topup sumber kalsium ni ya.. Jangan jadi macam saya sebelum ni.. Asyik je hamil mesti sakit gigi,cramp kaki tengah-tengah malam..Puncanya sebab kekurangan zat kalsium nilah..dan lepas kenal shaklee dan consume Ostematrix alhamdulillah takde masalah sakit gigi dan kejang lagi..Saya berkongsi dengan anda semua sebab saya dah rasai perbezaannya sebelum dan selepas consume pil kalsium ni..Semua dengan izinNya..Kalau kita dah tahu punca,senang sebenarnya nak kawal dan elakkan perkara macamni terjadi.

Harga sebotol Ostematrix ni berpatutan sangat. Hanya RM61 sebotol mengandungi 120 biji. Saya sangat sarankan ibu ayah,ibu-ibu hamil,berpantang dan menyusu serta wanita dan lelaki dewasa mengambil pil kalsium ni.

Bukan sahaja bagus untuk tulang malah ia bantu tidur lebih lena,atasi masalah sembelit dan beri kelegaan ketika migrain.


Apa kata pengguna lain yang telah mengambil Ostematrix?




Takde lagi masalah sakit tumit,kejang kaki


Lagi testimoni lain disini


Alhamdulillah ramai mendapat kesan positif selepas mengambilnya..Anda nak cuba? Belum cuba belum tahu..Pasti anda akan rasai perbezaanya selepas mengambilnya..Jangan lupa hadiahkan pil kalsium ni untuk ibu ayah di kampung ya..

Jom lihat video ni bagaimana Puan Ida dapat atasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang..








Berminat untuk dapatkan pil kalsium ni boleh hubungi saya seperti berikut:


Sue - SMS/WHATSAPP 016 358 9018
FB page: Impianz Shoppe
COD area: Bandar Baru Bangi,Sg Ramal,Pekan Kajang,UKM,Uniten,IUKL,UPM
Poslaju/GDEX/Citylink ke seluruh Malaysia


Monday, November 23, 2015

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Satu kisah yg boleh diambil manafaat:

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga  tua juga masuk ke kawasan masjid,saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor.Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung.


Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid,tekaan hati saya.Ketika saya berwuduk di kolah masjid,dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk menbasuh kaki.Saya menggunakan cebok yang telah tersedia.Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid,saya lihat dia terus ke keretanya.Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal.Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah,sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu,moga ia memanfaatkan.

"Subhanallah!Saya pula yang terasa malu,tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian.Dia menyambung,"Dimana masjid saya singgah,yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok,bekal untuk mati,tak mampu nak sedekah yang lain."

Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk,bayangkan ganjarannya.Berapa ringgit sangat sebuah cebok air.

Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik,yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan,maka Allah dorongkan.Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia,tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata nanusia.
Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak.

Saya nak ajak anda semua,jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf.Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat.

Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi,atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air,atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid,atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu,sebuah penyodok sampah,atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan.Jangan tunggu hingga diminta, dirayu,kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata  Allah,mungkin kerana terpaksa.

Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang.

Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid,suaru atau musolla,walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan...



Perkongsian cerita ni saya ambil daripada group whatsapp..Mungkin benar mungkin tidak tapi pengajarannya sangat jelas..Bersedekahlah walau sekecil-kecil perkara yang boleh memberi kebaikan dan kebahagiaan pada insan lain. Tidak perlu tunggu mempunyai harta dan memiliki wang yang banyak untuk memberi..Subhanallah,semoga menjadi sebaik-baik peringatan buat kita untuk terus memberi kebaikan pada insan lain..

Pentingnya Vitamin C untuk Kanak-Kanak

Bagi anak-anak yang sering selsema,batuk dan demam,ibu ayah mesti suka suap minyak ikan scott kan..saya ingat lagi kecik-kecik dahulu selalu jugak tengok iklan scott ni kat TV.Teringin jugak masa tu nak merasa sedapnya dapat sesudu minyak ikan scotts ni..Tapi mak ayah saya tak mampu nak bagi makan vitamin ni..



Rasanya time kecik-kecik dulu saya tak pernah di bawa ke klinik..Takde kenangan dan memori saya langsung pasal klinik ni..Kalau demam saya ingat arwah mak akan jerlum dengan air asam jawa kat kepala..sambil letak kepala saya atas ribanya..sob..sob..rindunya kenangan ni dengan arwah mak:-( dan paling teruk pun saya akan telan cortal (panadol kanak-kanak)..Itu dahulu zaman saya 90 an..Alhamdulillah nikmat kesihatan yang baik..Tinggal di kampung yang bebas asap pencemaran,makan ikan-ikan segar walau harga ikan dah mahal time tu..

Bercerita balik pasal vitamin C ni..semakin meningkat usia saya perhatikan anak-anak membesar cepat sangat terkena jangkitan selsema dan batuk..Lagi teruk di kawasan-kawasan bandar,.faktor utama sebab tinggal ramai-ramai kat taska..yerla itu je pilihan yang ada..Teringat kisah saya hantar 2 orang anak perempuan saya masa kecil 3 tahun lepas di taska..Selang 3-4 bulan sekali mesti terkena serangan selsema dan batuk ni..Pantang ada yang selsema dan demam,cepat je badan mereka lemah dan terkena jangkitan sekali..Sampai peti ais penuh dengan ubat-ubat demam,batuk dan selsema:-(

Orang kata kanak-kanak ni masih membina sistem immune..Sistem immune makin lemah..Lagi-lagi zaman sekarang ni macam-macam jenis tok nenek penyakit muncul..Tapi kalau kita sendiri tak beringat nak cegah penyakit kat anak-anak kita,kesianlah mereka kan..Orang kata bagus anak-anak ni makan banyak buah..kalau selsema bagus ambik buah oren..Cepat sikit baik selsemanya..Memang betul sangat..saya sokong buah oren membantu tapi banyak mana sangatlah anak kecil kita mampu nak makan buah oren banyak-banyak...Karang terlebih kang cirit-birit pulak...dan sejak tu saya mula kenal dengan vitamin C.

Alhamdulillah sangat-sangat sejak saya berikan mereka vitamin C rutin setiap pagi.selsema dan batuk jarang-jarang dah hinggap..dan paling melegakan hati saya kekerapan mereka selsema dan batuk makin berkurang..Ada bukan takde..tapi takdelah seteruk dahulu dan jika ada anak-anak lain yang demam,badan mereka masih kuat dan dapat bertahan dengan serangan virus tu


Kenapa Vitamin C perlu di ambil dalam kadar Optimum?


Vitamin C kanak-kanak shaklee


Vitamin C perlu di ambil dalam kadar optimum supaya dapat menyerap ke dalam badan dengan baik. 
Sesetengah org kata, anak-anak tak perlu suplemen sebab badan mereka masih muda, masih segar. Biar mereka dapat vitamin dari sumber asli.
Ini betul!


Tapi cuba check pemakanan seharian anak-anak kita ambil setiap hari..Cukup ke keperluan zat mereka dapat?

Sehari berapa hidangan buah2an mereka makan? Buah tu pulak buah tanam sendiri ke beli? Kalau beli dari petani sebelah rumah ke atau import overseas?

Sebenarnya buah-buahan ni bagus di ambil ketika ia ranum & baru dipetik! 

Buah-buahan yg jual kat kedai tu kebanyakannya dipetik masa masih muda.. diperam... diawet... dipacking... barulah sampai ke kita.

Agak2 apa yg masih tinggal dalam buah tu? Berapa peratus zat yg tinggal?


Kenapa Vitamin C sangat penting untuk Kanak-Kanak?

- vitamin C membina otot yang sihat. Budak2 tengah lasak & sedang membina otot2 mereka. Otot yg sihat, membina metabolisma yg sihat serta pembakaran lemak yg lebih baik.

- vitamin C meningkatkan imuniti tubuh. Anak-anak kita tengah melasak, terdedah dgn macam2.... Mereka perlukan kekebalan tubuh supaya tak mudah diserang sakit terutama demam selesema. Bila anak asyik sakit, mak dia juga yg susah hati ye tak?

- vitamin C penting utk penyerapan zat besi. Kanak-kanak perlukan zat besi yg cukup utk membesar. Tanpa vitamin c, zat besi susah untuk diserap.

- vitamin C membina kolagen. Tubuh kita ni boleh buat kolagen sendiri tp keupayaan ni makin menurun bila usia meningkat. Sbb tu kita tengok budak2 kulitnya tegang, dah tua berkedut... Kolagen dah tak dihasilkan....

- vitamin c penting utk penyembuhan. Budak2 main, jatuh.. Nak kena sembuh cepat. Nanti nak main lagi.

Dan malang sekali anak kita bukan arnab!


Arnab boleh buat vitamin c sendiri tp anak kita takboleh... Maka nak taknak kita kena bekalkan diorang dgn vitamin C yg optimum.

Pilihan saya semestinya Chewable Vita-C Plus 100mg. 

Kelebihan Chewable Vita-C Plus 100mg berbanding Vitamin C lain di pasaran:


Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. 
- Vitamin C paling lengkap di pasaran
- rasa sitrus yang enak
- TIADA bahan pengawet,pewarna dan pemanis
1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Membantu menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Mudah di kunyah atau ditelan

Hanya RM37.50 sahaja sebotol mengandungi 90 biji sangat berbaloi untuk kesihatan anak-anak. Harga mampu milik untuk semua dan pastinya paling penting agar kesihatan anak-anak sentiasa optimum dan dapat mengelakkan serangan jangkitan pelbagai jenis penyakit sekarang ini. 

Vitamin C bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air. Sekiranya di ambil secara berlebihan ia tidak memudaratkan malah akan di keluarkan melalui pembuangan air kecil sekiranya berlebihan.

Untuk dapatkan perlindungan dan kesihatan menyeluruh,saya juga berikan multivitamin kanak-kanak untuk mereka agar mereka dapat keperluan zat nutrisi yang lengkap setiap hari.

Sekiranya ibu ayah berminat untuk dapatkan vitamin C kanak-kanak ini boleh hubungi saya seperti berikut:











Sunday, November 22, 2015

8th Anniversary GiveAway!

Assalamualaikum...jom meriahkan GA ni..ada hadiah menarik menanti:-)



Nak join?? jom click banner kat atas ni ya

Saturday, November 21, 2015

Program Menarik Cuti Sekolah

Selamat bercuti pada semua anak-anak,adik-adik dan cikgu-cikgu sekolah..Yeahhh cuti panjang akhir tahun sudah bermula..sudah pasti mak ayah perlu susun aktiviti menarik untuk ank-anak..Takdela anak-anak mengadap ipad,TV je kan..

Saya nak share 1 program istimewa untuk anak-anak soleh/ah iaitu Pengembaraan Cuti Sekolah Islamik - KEM GENERASI AL QURAN





Sekiranya anda tercari-cari program yang menekankan tentang Al Quran dan As sunnah di kalangan anak-anak,inilah program terbaik untuk mereka.


Anak-anak juga bakal menghayati kisah 7 pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan dalam Al Quran, Smart Solat bersama kawan-kawan, Membuat experimen sains yang menarik serta pelbagai lagi..Tak lupa program outdoor yang pasti memikat hati seperti sukan berkuda,memanah dan lain-lain.


Program bersama NGO Bangi Bandar Ilmu (BBI) ini sesuai untuk anak-anak berusia 8-12 tahun. Berikut adalah details program yang bakal berlangsung:


  • Tarikh : 23-28 Nov 2015
  • Hari : Isnin- Sabtu
  • Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
  • Umur : 8 - 12 tahun
  • Tempat : Masjid IUKL Institut Kerja Raya Malaysia [IKRAM],Bangi (Sebelah UNITEN)

Apa ISTIMEWAnya jadi GengQ??

✅Belajar Ibrah Surah Al Kahfi
✅Belajar menunggang kuda
✅ Belajar Memanah
✅ Explorace Al Kahfi 
✅ Little Scientist 
✅ Smart Solat 
✅ Power Talk
✅ Imsak Walk 
✅ Slot Kehormatan Diri
✅ Boleh belajar Art & Craft
✅ Dapat kenal buahan dalam Al Quran
✅ Dapat Tshirt GengQ PERCUMA
✅ Dapat Sijil Penyertaan 
✅ Makanan disediakan
✅ Dan macam-macam lagi

Yuran: RM250 seorang 

Dapatkan diskaun 10% bagi penyertaan MELEBIHI seorang


Seronokkan?? Bagi anak-anak yang berada sekitar Bangi/Kajang/Putrajaya/Serdang jangan lepaskan peluang menarik ni ya..Banyak ilmu baru akan dapat dipelajari disamping dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru..

Jom ibu bapa hantar anak-anak ke sini..

Pegang smartphone, terus sms/whatsapp:
Hafizi (0136754796)
Suraya (0136052946)

Info lanjut boleh hubungi nombor di atas atau boleh daftar terus di link berikut:

Friday, November 20, 2015

Punca dan Cara Atasi Rambut Gugur selepas Bersalin

Masalah rambut gugur selepas bersalin memang sangat merimaskan..Rata-rata ramai kaum ibu alami masalah ini..Ia bukan masalah luar biasa dan perlu di hadapi oleh ibu dengan sabar ya. Namun,semestinya bila rambut sudah memenuhi ruang tamu,bilik tidur dan bilik air,ia sesuatu yang perlu di ambil perhatian.




Orang-orang tua selalu berkata Haa..anak dah pandai menyebur tu memang habis botakla rambut ibu:-) Adakah ia benar?



Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin




1. Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Perasan tak semasa hamil,ibu jarang alami masalah rambut gugurkan.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

2. Tekanan

Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

 Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.

3. Berusia dan memiliki ramai anak

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.

4. Pola pemakanan tidak sihat

Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.
Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

 5. Faktor  usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.


Cara Atasi Rambut Gugur bagi Wanita Bertudung


Bagi ibu-ibu yang alami masalah keguguran rambut ni,jangan risau,ibu boleh mencuba petua tradisional yang bahannya daripada bahan-bahan semulajadi dan mudah didapati di rumah.


 Petua Tradisional Mengatasi Rambut Gugur


1) Daun Serai

Daun serai bukan sahaja enak dalam masakan malah ia boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut. Caranya sangat mudah. Tumbuk segenggam daun serai sehingga lumat. Kemudian masaakan dengan sedikit air sehingga kekuningan. Selepas air sudah sejuk,lumurkan seluruh kepala dengan air tersebut. Ulang sehingga 2 minggu untuk melihat hasilnya.


2) Limau Nipis dan Putih Telur

Dua-dua ni memang feveret untuk cantikkan rambut.Perahkan 3biji buah limau nipis dan 2 biji putih telur ke dalam 1 mangkuk.Campur biar sebati. Ratakan pada keseluruhan rambut dan bilas sehingga bersih


3) Santan Kelapa

Santan kelapa juga menjadi perapi terbaik untuk kesihatan rambut dan ia telah di amalkan oleh nenek moyang kita. Caranya dengan parut sebiji kelapa dan perah untuk di ambil santannya. Masakkan santan sehingga mengeluarkan minyak. Tunggu sejuk kemudian sapu pada seluruh rambut. Biar semalaman dan bilas bersih apabila bangun daripada tidur.


Ok,sebenarnya ada beberapa petua lagi yang boleh mengurangkan keguguran rambut ni..Tapi yang ni je saya pernah cuba. Cuba 3 ni dulu ye..dan lihat samaada berhasil atau tak:-)


Sebenarnya banyak petua nak cantikkan rambut,nak lebatkan rambut,nak hilangkan gatal rambut,keguguran rambut dan lain-lain lagi.. Paling penting kena rajin jaga kebersihan rambut dan paling terbaik juga perlu zat nutrisi yang cukup.



Diet yang seimbang penting untuk rambut yang sihat

Semakin usia kita meningkat, sebenarnya tubuh badan kita memerlukan lebih banyak nutrisi.  Organ-organ di dalam badan kita juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia. 
Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan g dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.



Sebab tu selain daripada mengamalkan petua-petua diatas, saya mengambil protein dan zink mengcukupi untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan.

Protein yang cukup dapat membentuk sel-sel badan yang baik. Sel-sel yang baik akan menghasilkan rambut yang sihat, kuat dan bermaya. 

Kekurangan zink juga boleh menyebabkan folikel rambut (yang mengikat akar rambut dengan kulit kepala) menjadi lemah.

Antara supplemen yang dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur ialah dengan mengambil protein tinggi ESP soya tanpa GMO dan juga zink Complex.

Dua-dua ni memang saya ambil dan menunjukkan perubahan positif.

ESP 
  • Membantu dan baik untuk pertumbuhan rambut yang sihat
  • Membina dan membaiki sel-sel kulit kepala

Zinc Complex
  • Membantu menguatkan akar rambut
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel
  • Memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel

Syampoo yang bersesuaian juga dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur. 

Prosante Revitalizing syampoo dapat membantu memelihara kutikel rambut yang sihat. Ia mengandungi sistem Pembersihan Patent-Pending. Ia diformulasikan dengan protein berasaskan sayuran dan Humectant.



Semua produk Shaklee berasaskan daripada bahan semulajadi,bebas bahan kimia dan selamat di gunakan seisi keluarga.


Jadi sekiranya ibu-ibu alami masalah rambut gugur,jangan tunggu lama-lama ya. Jangan tunggu rambut sampai nak botak baru nak cari jalan..Nanti makin teruk ambil masa lagi lama nak pulih.

Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mencuba set rambut gugur shaklee ni boleh buat pembelian secara online dengan klik link di bawah 




Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk order boleh hubungi saya seperti berikut: