Friday, July 31, 2015

Tips Ibu Bapa : Cara Mengajar Anak Sendiri Kemahiran Berbahasa

Semua ibu bapa inginkan anak pandai berbahasa inggeris atau bahasa lain dengan mudah.Kebiasaan,anak-anak akan di hantar ke kelas atau ada guru yang mengajar mereka.

Hari ni saya nak share salah satu perkongsian daripada institute NURY yang memberi teknik mudah kepada ibu bapa bagi mengajar kemahiran berbahasa kepada anak-anak di rumah.


Kaedah O.P.O.L

Salah satu cara untuk ibu bapa mengajar anak menguasai bahasa lain dengan mudah adalah dengan mengamalkan o.p.o.l iaitu one parent one language atau satu ibu/ayah dan satu language. Ibu dan ayah boleh memilih bahasa masing-masing untuk dilaksanakan dalam tempoh di tetapkan secara konsisten.
Ini bermaksud jika ibu menggunakan bahasa ibunda,ayah boleh menggunakan bahasa inggeris ketika berinteraksi dengan anak-anak.Jika di amalkan berterusan,insyaallah anak-anak akan mahir menguasai kedua-dua bahasa tanpa masalah. Kaedah ini telah di gunakan sejak tahun 1914.

Lebih menguntungkan jika ayah atau ibu mempunyai kemahiran berbahasa lebih daripada 1 dan mampu menggunakan bahasa lain seperti bahasa Arab dan lain-lain. Juga lebih menguntungkan jika ahli keluarga lain seperti atuk nenek dan makcik boleh berbahasa lebih daripada 2 bahasa asas.


Kaedah O.S.O.L

Bagaimana jika anak tidak mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kemahiran di atas? Ibu dan ayah sudah mengcukupi.

Ibu dan ayah boleh memilih satu waktu yang sesuai untuk menggunakan bahasa ketiga ini untuk berinteraksi. Contohnya antara waktu maghrib sehingga isyak,anak-anak perlu berinteraksi dlaam bahasa arab.Hanya di waktu ini sahaja bahasa arab digunakan secara konsisten.
Inilah kaedah " one situation,one language" or O.S.O.L

Anak-anak boleh di ajar daripada bayi lagi dan ia lebih mudah untuk di ajar dan di ikuti.

Semoga kaedah ini membantu kita sebagai ibu bapa untuk sama-sama membantu anak-anak menguasai bahasa ketiga:-)

Promosi Julai 2015: Set Kesihatan Terbaik untuk Sihat,Cergas dan Bertenaga

Hari ni last day promosi bagi bulan Julai iaitu VIVIX , B complex dan Vitalea for Children. Bagi anda yang ingin memiliki salah satu produk promosi ni masih ada beberapa jam untuk mendapatkannya. 



Ketiga-tiga supplemen ni antara produk terlaris setiap bulan. Vivix ni sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai masalah sakit lutut,sendi,masalah diabetes,darah tinggi dan pelbagai penyakit kritikal lain.Ramai anak yang mengambil kesempatan promosi bulan ni dan kebetulan jatuh pada bulan hari raya,jadi dapatla berikan 'hadiah istimewa' ni pada syawal lepas. Dengan harga promosi,harga vivix sangat-sangat jimat hampir RM 700 lebih juga. Jadi bagi penggemar vivix,inilah masa terbaik untuk rebut harga lebih rendah dan jimat.




B Complex pula sangat sinonim dengan vitamin cantik dan ia juga tersenarai dalam set prenatal dan posnatal. Bagi ibu hamil dan ibu berpantang sangat-sangat di sarankan mengambil B Complex lengkap dengan asidfolik ni bagi memberikan tenaga,mengelakkan kelesuan dan mengatasi stress. Bagi ibu-ibu baru lepas berumahtangga dan nak cepat-cepat timang baby pun disarankan mengambil B Complex ni..Insyaallah B Complex ni paling lengkap dan terbaik di pasaran.






Shaklee tidak tertumpu kepada supplemen dewasa sahaja. Sudah hampir 4 bulan rasanya promosi Vitalea for Children - Beli 3 Percuma 1 ni di pasaran, Istimewa multivitamin ni ianya membantu melengkapkan keperluan nutrisi untuk kanak-kanak.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana supplemen di atas boleh hubungi saya segera, Setiap pembelian akan di sertakan sekali panduan cara makan.

Untuk anda yang ingin mendapatkan penjimatan berganda atau berminat menjana pendapatan dengan YES programme boleh membeli mana-mana set Wellness di bawah..

Setiap pembelian akan mendapat percuma 1 botol Multivitamin Vitalea untuk dewasa dan diskaun sebanyak 5%



Hubungi saya seperti berikut:

SMS/WHATSAPP : 016 358 9018
PM FB : SUHAILA JOHAR
COD : BANGI/KAJANG/MINES
POSLAJU/GDEX/CITYLINK SELURUH MALAYSIA


Tanda-tanda Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil dan Cara Mengatasinya

Kencing kotor semasa hamil adalah salah satu penyakit kerap berlaku.Perubahan hormon dikalangan ibu selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya terkena jangkitan ini. Seksanya terasa apabila ingin membuang air tetapi tak dapat keluar. Lagi teruk apabila terasa hangat di tempat tersebut dan paling kronik apabila buang air dah keluar darah.




Punca-punca Kencing Kotor

Apabila doc maklumkan awak ada masalah kencing kotor ni terasa kenapa benda ni boleh berlaku kat aku ya? Ada tersalah minum ape-ape ke?  Sebenarnya ada beberapa faktor kenapa ia berlaku kepada ibu:

  • Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
  • kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). 

Tanda-tanda ibu alami Kencing Kotor:
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.

Doktor sangat menitikberatkan hal ini kerana jangkitan kuman boleh merebak pada seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Jadi ibu tidak boleh memandang ringan masalah ini dan membiarkannya berlarutan. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan sama dan boleh berisiko untuk kelahiran awal dan kelahiran bayi pramatang. Jadi hati-hati ya ibu semua..Jika alami tanda-tanda di atas,cepa-cepat membuat rawatan agar tiada perkara tidak di ingini berlaku.



Cara Atasi Masalah Kencing Kotor:
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.Walau kerap ke tandas membuang air,ia sangat bagus untuk keluarkan air kencing kotor ni
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh jika ingin membuang air dan jangan menahan kencing terlalu lama
  3. Jaga kebersihan diri.Lap vagina dari depan ke belakang, untuk menjamin kebersihan vagina
  4. Ibu digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami.Jika alami masalah kencing kotor ni,elakkan bersama sementara waktu
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan bakteria
  7. Kurangkan makan makanan manis dan minuman berkafein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,garlic dan zinc untuk membantu melawan kuman dan bakteria
  9. Rebus air barli dan minum airnya. Insyaallah ia membantu mengatasi masalah ini.
  10. Pengambilan air cranberry juice. Cari di farmasi ya
Cranberry juice yang enak

Kebiasaan doktor akan berikan antibiotik,jadi habiskan makan antibiotik tersebut di samping mengamalkan dan mengikut saranan di atas, Insyaallah dalam tempoh seminggu akan bertambah baik.

Walau dah baik nanti,jangan lupa pengambilan air kosong 2,3 liter sehari ya. Kencing kotor boleh berulang semula dan seksa sangat kalau terkena masa akhir-akhir kehamilan..Letih dan lesu di buatnya berulang alik masuk toilet.

Saya doakan ibu-ibu alami masalah ini cepat sembuh dan jaga kebersihan diri selalu..Take care:-)


Thursday, July 30, 2015

Kebaikan B Complex untuk Ibu Hamil dan Ibu Berpantang

B Complex adalah gabungan beberapa vitamin B yang sangat penting kepada kesihatan kita. Ibu hamil,berpantang dan menyusu sangat di galakkan mengambil vitamin B secukupnya..Kebaikan vitamin B untuk ibu hamil,ibu berpantang dan ibu menyusu sangat penting dalam mengekalkan kesihatan lebih baik,

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:



1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex


Ibu-ibu akan alami tanda-tanda berikut sekiranya kekurangan vitamin B dalam badan:

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

Kebaikan B Complex:





Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..

Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram


Kesemua manfaat dan kebaikan ini boleh ibu-ibu dapati dengan pengambilan B Complex. Lebih istimewa B Complex telah di sertakan sekali Asid Folic. Asid Folic ni adalah vitamin B9 dan sangat penting dalam pembentukan saraf tunjang bayi yang sempurna. 



Bahaya kekurangan vitamin B9 atau Asid Folic

Kekurangan asid folic boleh menyebabkan risiko kecacatan bayi termasuk otak. Sangat penting ibu hamil mengambil B complex ni sebaik sahaja mengetahui hamil. Seelok-eloknya di ambil ketika minggu-minggu awal kehamilan.




Satu kajian yang dikeluarkan pada 2007 menunjukkan, wanita yang mengalami kekurangan vitamin B (khususnya B6) susah untuk hamil, dan jika boleh hamil pun mereka akan mudah keguguran. 
*kajian ke atas 300 wanita china selama setahun*

Bakal ibu yang yang ada masalah genetik, kekurangan vitamin B12 semasa awal kehamilan, akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat masalah jantung kongenital. *Kajian Jurnal Genetic and Metabolisme*

Bagi ibu berpantang dan menyusu, B Complex membantu ibu memberi hormon gembira,mengelakkan tekanan dan stress sekaligus memberikan kesihatan terbaik.

Pengambilan B Complex dapat melegakan tekanan dan merawat stress


Keistimewaan B Complex:

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. 

Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan

Pengambilan B complex seeloknya di mulakan sejak sebelum hamil lagi, iaitu semasa anda dan suami merancang untuk memiliki cahaya mata. Ia bukan sahaja baik untuk ibu malah boleh di ambil oleh lelaki dan perempuan dewasa bagi membekalkan keperluan vitamin B mengcukupi dalam badan.


Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B, dan asid folik sebanyak 200mcg. Ia BEBAS perasa, pemanis, pewarna dan pengawet, juga bebas gluten.



Tanda-tanda Meroyan dan 12 Cara Atasi Meroyan Supaya Tidak Menjadi Serius


Assalamualaikum..alhamdulillah semalam saya ada berkongsi petua elak peranakan jatuh selepas bersalin .Di harap perkongsian tersebut dapat membantu ibu-ibu dalam pantang menjaga diri dengan baik. Sebenarnya ramai yang tahu cara berpantang tetapi ramai juga yang mengambil mudah benda-benda macamni walaupun tahu akibat buruk tak menjaga dengan baik. 

Walau dah banyak jamu moden dan supplemen yang dah tak rasa pahit di pasaran,amalan-amalan tradisional seperti berurut,bersengkak,bertungku,bersalai tetap perlu diteruskan..Memang badan akan rasa lebih segar,bertenaga dan kuat dan paling penting mengelak ibu daripada stress seterusnya boleh menjadi meroyan.Perkara ini paling ditakuti bagi ibu dalam pantang dan sebaik-baiknya perlu cara atasi meroyan dengan segera sebelum keadaan semakin membimbangkan.



Meroyan atau kemurungan posnatum adalah masalah yang sering berlaku kepada ibu selepas bersalin. Dahulu dalam 10  orang ibu bersalin hanya seorang yang hadapinya namun kini dalam 4 orang ibu seorang menghadapinya.


Tanda-tanda awal mengalami meroyan:

  • Perasaan putus asa
  • rasa bersalah
  • amat letih
  • muram dan sedih
  • Sering menangis
  • Gelisah
  • Sunyi
  • Terperangkap

Ibu akan merasakan perasaan ini lebih pada masa-masa tertentu. Jika ibu merasa tidak reda-reda walaupun masa telah berlalu,besar kemungkinan ibu menghidap meroyan atau kemurungan posnatum. Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Ketika ini,ibu akan merasakan bayi tidak lagi penting dan mengabaikannya.


Punca meroyan atau Kemurungan Posnatum




  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau masalah bersama suami dan keluarga
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa  atau kehilangan suami tercinta


  • Cara Mengatasi Masalah Kemurungan Posnatum atau Meroyan

    • Banyakkan rehat dan jika bayi sedang tidur,ibu boleh mengambil peluang tidur sebentar.
    • Ambil minuman panas,relaks,dan dengar alunan zikir atau muzik yang menenangkan
    • Makan makanan seimbang dan berzat. Nutrisi yang baik sangat penting untuk memberi tenaga dan mengelakkan daripada badan lesu
    • Buat senaman ringan seperti berjalan-jalan dengan bayi atau senaman yoga/pilates
    Senaman Yoga selamat untuk ibu hamil
    • Bergaul dengan orang lain. Jangan tinggal dan sisihkan diri berseorangan
    • Jauhi daripada perkara-perkara yang merosakkan diri. Kawal diri dengan banyakkan zikir. Yang penting ibu dapat menjaga diri dan bayi. Jauhkan daripada perkara-perkara yang membebankan diri 
    • Bantuan dan sokongan daripada suami dan keluarga sangat penting.Minta bantuan mereka untuk uruskan anak-anak lain jika ada,menguruskan dan memandikan bayi pada minggu-minggu awal kelahiran
    • Mengambil supplemen terbaik semasa berpantang yang membantu seperti B Complex yang dapat mengatasi masalah kemurungan atau depresi
    • Kekurangan asid lemak Omega 3 juga dikatakan punca kemurungan boleh berlaku. Pengambilan minyak ikan juga dapat membantu pembentukan otak fetus atau bayi yang menyusu
    Sumber makanan asid lemak omega 3
    • Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu penghasilan susu badan ibu
    • Pengambilan makanan berkhasiat bagi ibu dalam pantang seperti sup ikan haruan,ulam-ulaman membantu badan lebih sihat dan ceria
    • Dapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan semakin membimbangkan dan melarat



    Jagalah diri ibu sebaik-baiknya sejak hamil dan kurangkan stress agar tidak berlaku perkara seperti ini. Sentiasa berfikiran positif dan bertenang hadapi ujian. Jangan memendam perasaan sendirian,cubalah cari kawan-kawan terdekat,suami atau keluarga bagi mengelakkan perkara seperti ini terjadi. Lebih banyak sokongan sejak kehamilan,lebih kuat dan yakin ibu akan rasakan selepas mendapat bayi. 




    Ketahui cara untuk tambah susu badan supaya ibu TIDAK PANIK anak asyik menangis


    Semoga Allah permudahkan dan beri kesihatan baik kepada semua ibu dan bayi. Jaga diri ya..Selamat berpantang:-)











    Wednesday, July 29, 2015

    Minuman Musim Panas: Performance Drink Orange dan Air Masak Mengelakkan Dehidrasi

    Cuaca panas terik 2,3 hari ni memang menyebabkan badan mudah lesu. Nak keluar rumah pun malas..Camnala abang-abang yang bekerja wat bangunan ya,kerja kat site dan tempat-tempat terbuka..Teringat pengalaman teman en suami ke site di perumahan baru..Buat cabling ngan budak-budak praktikal..fuhh memang hitam-legam muka..yang menunggu pun macam cacing kepanasan..

    Musim-musim camni kene banyak minum air kosong dan air isotonik untuk membekalkan bendalir mengcukupi dalam badan dan mengelakkan dehidrasi.





    Sediakan dan bawa air mineral kemana sahaja..Jangan lupa minum 3 liter sehari..2,3 kali teguk dah habis 500ml tu..Then sambung lagi sampai minum habis 6 botol sehari.





    Minuman isotonik seperti 100 plus,revive mengandungi banyak gula..Jadi nak minum banyak-banyak karang penyakit baru pulak dapat..Lagi-lagi kalau tengah pregnant or menyusu,memang tak boleh minum banyak-banyak. 


    Jadi kalau teringin sangat nak minum air gas ni,gantilah dengan minuman sang juara performance drink..Perisa oren yang sedap dan mentyegarkan. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu membekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi. 




    Kelebihan Performance Drink:

    1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
    2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
    3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
    4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
    5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
    Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti bibir merekah kering,kulit kering, haus terlampau dan mual-mual,  ia petanda badan mengalami dehidrasi. Jadi jangan lupa minum air elektrolit Performance Drink enak ni.


    Kebaikan Minum Air Masak/air mineral



    Anak-anak kat rumah atau sekolah bagaimana? Pastikan mereka juga minum air kosong secukupnya. Pengambilan air manis atau air sejuk sepanjang hari boleh melemahkan sistem pertahanan badan yang boleh menyebabkan demam,batuk dan selsema. Jadi kawallah makanan dan minuman anak-anak. Bekalkan mereka dengan air masak /air mineral setiap hari ke sekolah dan jika keluar rumah,bawalah bekalan air kosong mengcukupi.


    Antara kebaikan minum air masak/mineral:



    1. Menguruskan badanKhabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
    2. Meningkatkan kesuburanAir putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
    3. Melancarkan sistem pencernaanMinum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
    4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanserAir masak/mineral bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
    5. Perawatan kecantikanKekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.
    6. Tubuh lebih segar dan sihatKhasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
    7. Menyihatkan jantungAir putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
    8. Ubat kepada penyakit strokAir putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


    Jangan culas-culas minum air ya..Semoga terlindung daripada masalah haba stroke dan penyakit-penyakit lain. Ambillah air isotonik terbaik ini dan minum air masak/mineral secukupnya.


    Jaga kesihatan sebaik-baiknya. 

    Supplemen untuk Kanak-Kanak Membantu Anak-Anak Lebih Sihat,Cergas dan Pintar

    Musim panas terik ni anak-anak berisiko cepat letih dan tidak sihat. Di tambah musim perayaan ni banyak rumah terbuka dan anak-anak pulak berpeluang minum air soda/gas dan gula-gula yang di hidang oleh tuan rumah.Jadi nak tak nak tak boleh nak halang sangat kat rumah orang,ada jugak terlepas masuk dalam mulut mereka walau sikit. Jadi untuk atasi masalah cepat letih dan kurang sihat musim panas ni,saya bagi anak-anak multivitamin dan vitamin C kanak-kanak yang enak iaitu Chewable Vita C Plus dan Vitalea for Children.


    Terdapat 4 jenis vitamin sesuai untuk tumbesaran dan kuatkan sistem imun anak-anak. Semuanya ni mempunyai kebaikan dan manfaat tersendiri dan terpulang kepada ibubapa untuk memilih yang mana terbaik untuk mereka.




    1) Vitalea for Children

    2) Chewable Vita C Plus
    3) Omegaguard
    4) Mealshake



    antibodi anak-anak semakin kuat

    Along dan Kakak Husna sebelum pergi sekolah memang wajib minta kat saya vitamin-vitamin ni jika saya terlupa. Alhamdulillah sejak ambil multivitamin ni jarang dah diorang selsema dan batuk. Demam pun jarang-jarang sangat dah.Memang penting supplemen kanak-kanak ni untuk kuatkan antibodi dan sistem imun mereka. Yerla kat sekolah terdedah dengan pelbagai penyakit kan..Sebelum ni along kerap sangat selsema berjangkit daripada kawannya. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya supplemen ni jadilah 'benteng' mereka bila berada di luar rumah.Selain tu,saya juga bagi makan madu sebelum sarapan dan bawak bekal air masak secukupnya ke sekolah untuk elak dehidrasi musim panas ni.


    Vitalea for Children


    Vitalea for Children juga sangat di minati oleh anak-anak saya terutama adik hannah dan abang umair. Adik Hannah baru berusia 1 tahun 7 bulan. Tapi kalau dia tengok kakak-kakaknya dan abang makan vitamin,dia pun sibuk jerit nak..nak..jadi terpaksala bagi..Masa mula-mula dahulu (usia 1 tahun 4bulan ) saya gigit dahulu bagi kecik-kecik dan baru masukkan dalam mulutnya..Sekarang ni dia dah pandai hisap sendiri dan dia rasa macam gula-gula..Rasa 'grapes' asli sedap sangat tu asyik minta setiap hari:-)



    Kenapa Vitalea for Children sangat istimewa??




    • Vitalea for Children bekalkan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak..Lagi-lagi anak-anak tak suka makan sayur dan jarang-jarang makan buah,jadi ia bantu 'topup' nutrisi yang kurang setiap hari dalam badan
    • Rumusannya tidak akan menyebabkan kerosakan gigi dan masalah kaviti
    • Mudah di kunyah dan perisa anggur yang sangat enak
    • Bebas pengawet,pemanis dan juga pewarna tiruan.

    Kebaikan Vitamin C untuk Kanak-Kanak


    Vitamin C memang membantu dalam menguatkan sistem imun kanak-kanak.Jadi amat penting untuk mengambilnya secara konsisten setiap hari. Chewable Vita C Plus yang enak dan mudah di kunyah amat digemari anak-anak. 




    1 biji Chewable Vita C Plus ni bersamaan makan setengah biji buah oren.Jadi sambil-sambil bermain tu kunyah jedah dapat khasiatnya.


    Ia juga ditingkatkan formulasinya dengan tambahan citrus bioflavanoid complex dan menjadik annya antara supplement vitamin c paling lengkap dipasaran.


    Paling bagus juga ia membantu menguatkan tulang,gigi dan gusi untuk kanak-kanak yang membesar.Paling istimewa pastinya ia tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan



    Omegaguard


    Kenapa minyak ikan omega penting untuk kanak-kanak?


    Untuk otak yang cerdas dan pintar,pastinya menjadi idaman semua ibu bapa untuk melihat anak berjaya. Pengambilan minyak ikan Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA ni sangat membantu.


    Satu kajian mendapati 40% pelajar yang mengambil nutrisi kaya dengan Omega 3 menunjukkan peningkatan mendadak dalam aspek pembelajaran, membaca dan fokus dalam pembelajaran.




    Paling bagus,omega juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan,mengurangkan alahan serta mengatasi rasa mengantuk dan hilang fokus.

    Bagi anak-anak yang dah mula bersekolah,insyaallah kuat ingatannya dan lebih fokus semasa belajar.






    Cara Pengambilan Omegaguard


    Cara pengambilan minyak ikan ni pun sangat mudah..Bagi anak-anak berusia 1 tahun keatas,boleh campurkannya dalam susu,boleh kunyah atau masukkan dalam bubur.Bagi anak-anak dan berusia 4 tahun ke atas,boleh kunyah atau telan dengan air masak. 


    Ibu-ibu yang menyusu bayi sangat elok mengambil omega dan bayi pun dapat nikmati kebaikannya melalui susu ibu yang di minum.



    Mealshake


    Bagi anak-anak yang sukar atau tiada selera untuk makan,susah nak makan,kerap menghadapi masalah sembelit sangat bagus mengambil mealshake.



    Kisah menyayat hati seorang ibu yg anaknya sembelit teruk. Sembelit yg sangat teruk sampai suaminya kena standby nak seluk tangan untuk tolong keluarkan najis.Kesiannya kat anak kalau alami masalah sembelit ni..Namun alhamdulillah akhirnya masalah sembelit ni berakhir








    Anak Sihat Keluarga Ceria


    Pastinya kita sebagai ibu bapa mahu memastikan yang terbaik untuk anak-anak. Set kanak-kanak ni semua dari bahan semulajadi dan selamat diambil.


    Sekiranya anak-anak anda kerap demam,batuk dan selsema semasa berada di taska boleh tengok video ni..





    Jika ada ibu ayah yang berminat untuk dapatkan supplemen kesihatan kanak-kanak ni boleh hubungi saya atau membuat pembelian sendiri secara online menggunakan kad kredit/debit ibu ayah. Caranya mudah sahaja,click pada link di bawah untuk membuat pembelian:





    Sekiranya nak membeli salah satu supplemen pun boleh. Hubungi saya untuk order dan dapatkan konsultasi cara pengambilannya..


    Saya doakan anak-anak kita semua sentiasa di beri kesihatan baik. Tiada yang menbahagiakan hati ibu ayah selain ingin melihat anak-anak membesar dengan sihat,cergas dan ceria.








    10 Petua Elak Rahim Jatuh Selepas Bersalin

    Amalan Berpantang sangat di titikberatkan oleh nenek moyang kita dan tradisi melayu.Ia amat penting demi memastikan ibu sentiasa sihat dan tidak alami kesakitan di kemudian hari. Namun,ramai ibu hari ini mengambil mudah soal berpantang ni..Bayangkan ketika raya baru-baru ini,ramai yang 'kelek' bayi yang masih belum berusia 40 hari..Huhu,ngeri pula saya bayangkan perjalanan mereka dalam suasana jalan yang sesak..Walau berpantang makan,namun pemakaian,cara berjalan langsung tak seperti dalam orang berpantang.Mungkin tidak rasa sakit hari ini,tapi kesannya pasti akan rasa selepas 2,3 bulan paling awal nanti. Ada customer mengadu badannya sering penat,sering sakit pinggang dan pelbagai lagi.Ya!mungkin salah satu kesan akibat tidak berpantang sebaik-baiknya.


    Memang dalam pantang sangat membosankan tetapi ia adalah masa terbaik untuk ibu berehat sepenuhnya.Ambil peluang masa yang ada untuk menjadi 'permaisuri'..Seronokkan di belai,dimanja,,.paling sedikit 40 hari,paling lama ada 100 hari untuk berpantang sebaik-baiknya.Bukan orang lain yang susah,diri sendiri juga yang susah jika ada apa-apa masalah berlaku..itu yang perlu di fikirkan sebelum ingin 'melanggar pantang' ya! 

    Sekarang mungkin kita rasa berpantang tu tak penting..Namun nasihat orang-orang tua supaya kita rajin berbengkung,berparam,berpilis,makan jamu,bertungku,jalan perlahan-lahan,duduk bersimpuh,pakai stoking semuanya ada kebaikan dan sebab.



    10 Petua Elak Rahim Jatuh:

    1. Berpantang dengan betul dan jangan 'malas-malas' nak berbengkung,bertungku dan membuat perkara yang perlu bagi ibu dalam pantang,
    2. Ambil makanan berkhasiat untuk bekalan tenaga,ia membantu mempercepatkan kesihatan dan paling penting cukup zat seimbang untuk penghasilan susu untuk bayi
    3. Ambil set berpantang yang terbaik,Bukan sahaja luaran nak baik,yang penting bahagian dalaman juga dapat di rawat sebaik-baiknya.Luka dalaman sangat penting untuk dipulihkan. Set bersalin untuk dalaman ni sangat penting bagi memulihkan luka,menguatkan otot pelvik,memberi tenaga dan mengelakkan masalah meroyan dan stress. Untuk set rawatan luaran,ibu boleh memilih untuk memakai param,pilis,cucian herba dan pelbagai lagi yang boleh juga dibeli secara 'loose pack'
    4. Pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelakkan masalah sembelit yang sering terjadi di kalangan ibu lepas bersalin. Pengambilan buah-buahan,sayur-sayuran dan makanan berserat boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Elakkan meneran sehingga 15 minit di dalam tandas sehingga boleh menyebabkan risiko buasir yang lebih merbahaya. 
    5. Senaman kegel amat penting selepas bersalin untuk memulihkan luka episotomi dengan cepat,menguatkan otot-otot pelvik dan mengelakkan masalah faraj longgar
    6. Amalan bertungku dan berbengkung mestilah dilakukan dengan betul. Ini akan menyumbang kepada pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.
    7. Pemakaian girdle/sut pelangsingan badan juga dapat membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
    8.  Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik semasa dalam pantang
    9. Elakkan berdiri terlalu lama terutama para guru,nurse,jurutera dan sesiapa sahaja yang suka berdiri, Sesekali lunjurkan kaki di atas bangku.
    10. Elakkan mengangkat barang-barang berat sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan pertama kecuali berat bayi kita sendiri


    Kesan Buruk Apabilan Peranakan Jatuh
    Terdapat beberapa kesan buruk yang dialami oleh seseorang wanita apabila berdepan dengan masalah peranakan jatuh:
    Gangguan kencing
    Kebanyakkan wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse akan berdepan dengan masalah sukar untuk membuang air kecil ataupun terlalu kerap kencing. Malah wanita tersebut juga akan berdepan dengan masalah sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang memberi tekanan ke bahagian perut, contohnya ketawa.
    Gangguan hubungan kelamin
    Apabila peranakan jatuh, akan berlaku kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj. Ini akan mengakibatkan kenikmakan melakukan hubungan intim menjadi terganggu.
    Sakit pinggang dan tidak selesa
    Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seseorang wanita kerap merasa seperti ada sesuatu terkeluar dari farajnya.  Keadaan ini akan membuatkan seseorang wanita itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi selepas berjalan atau berdiri untuk tempoh yang lama. Peranakan yang jatuh akan turut menarik otot-otot disekitarnya, malah urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik dan mengakibatkan masalah sakit pinggang yang agak menyakitkan.
    Gangguan kesihatan
    Sekiranya masalah peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu  berada pada peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim telah terkeluar, akan menyebabkan pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka sebegini akan mudah dijangkiti kuman dan boleh mengakibatkan masalah keputihan atau pengeluaran lendir yang agak banyak dan membimbangkan.
    Wanita harus tahu bahawa proses kehamilan dan kelahiran memang akan melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan, lebih-lebih lagi tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini tidak dapat dielakan tetapi wanita yang telah melahirkan anak perlu tahu betapa pentingnya untuk mengamalkan latihan menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala sewaktu hamil dan selepas kelahiran penting untuk mencegah masalah peranakan jatuh atau rahim terkeluar.
    Semoga ibu-ibu dapat berpantang dengan baik dan dapat bersabar ketika dalam pantang, Pemulihan luka dan membaikpulih dalaman bukan mengambil masa sehari dua, Jadi sangat penting untuk banyakkan bersabar,dan berdisiplin ketika dalam pantang untuk kesihatan terbaik di masa hadapan.



    Rahsia kurus selepas bersalin sehingga turun berat 20KG!!