Sunday, May 31, 2015

Selamat cuti persekolahan

Cuti sekolah sudah bermula...

Yeaayyy!! Selamat bercuti buat adik-adik dan anak-anak semua..

Kami dah bercuti awal sehari bermula jumaat lepas..pulang ke kampung halaman sendiri memang heaven! Apatah lagi saya ni jarang-jarang balik.

Jumaat lepas anak-anak buah saya selamat berlangsung majlis pertunangan.sangat meriah la sebab mereka bakal kahwin sepupu..2 orang anak kakak..mula-mula tak percaya jugak..alahai korang pusing-pusing,main sama-sama sekali nak jadi wife -husband pulak:-p..

Hehe..kalau dah jodohkan..Insyaallah majlis mereka akan menyusul bulan zulhijah nanti.

Petang jumaat pulak,majlis akikah cucunda sedara saya..fatimah awatif..comel gebu putih melepak macam anak che ta..ollo geramnya..tengok baby terus rasa nak menambah ahli keluarga lagi..hahaaa..

Malamnya saya sempat jumpa cikgu kesayangan saya cikgu Noraini di sekitar Kuala Terengganu..Beliau belanja makan ayam di marrybrown..cikgu saya ni tiada cahayamata tapi anak muridnya ramai sangat yang macam anak sendiri..sangat-sangat pemurah dan tak berkira langsung pasal duit..Alhamdulillah seronok sangat jumpa..saya harap Allah panjangkan persahabatan kami hingga ke akhir hayat..Cikgu yang saya kenal dari darjah 5 kemudian mengajar saya tuisyen hingga ke SPM..Cikgu yang menghantar saya sampai ke uniten semasa pendaftaran dan cikgu yang sentiasa bersama saya susah senang..The best teacher!! 1 dalam 1000 saya kira..

Hari sabtu pula saya ke walimah sepupu dan petangnya ke pantai mencari ketam..sangat enjoy..

Hari ni masih di kampung..dan suami ikut pakcik pergi candat sotong..harap-harap banyakla hasilnya nanti.

Manfaatkan masa cuti sebaik-baiknya..jangan lupa juga musim panas ni banyakkan minum air..

Wednesday, May 27, 2015

7 Tips Cergas Berpuasa Semasa Hamil Supaya Dapat Berpuasa Penuh

Tinggal lagi3 minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan mulia bulan Ramadhan kareem..Ya Allah,cepatnya masa berlalu kan..Ibu-ibu dah bersedia untuk menyambut Ramadhan kali ini?


Seronok sebenarnya berpuasa penuh semasa hamil..Ada ibu yang takut merasa tak mampu nak berpuasa?Risau susu merudum ketika berpuasa?

Pengalaman saya sendiri dapat berpuasa penuh dari tahun 2009 sehingga 2013..Tahun 2009 saya hamil anak kedua,2010 saya menyusu,2011 saya hamil anak ketiga dan 2012 saya melahirkan bayi ketiga dan menyusu..2013 pun dapat berpuasa penuh sebab menyusu..

Hampir 5 tahun pengalaman saya berpuasa penuh di bulan Ramadhan..Tidak perlu nak fikir masalah nak ganti puasa..Itu yang menyeronokkan:-) Namun semuanya ketentuan dariNya..Syukur alhamdulillah dapat merasai pengalaman perit,suka duka semasa hamil dan menyusu ketika berpuasa.

Persediaan Sebelum Memasuki Ramadhan


Kebiasaan sebelum memasuki bulan Ramadhan,pada bulan Rejab atau Syaaban saya akan mula berpuasa sunat..Sekurang-kurangnya 2-3 kali untuk memastikan diri bersedia untuk berpuasa di bulan Ramadhan..Kebiasaan kita ni kan selalu makan..jadi bila tetiba berpuasa,takdelah perut dan badan tetiba 'terkejut'..Badan pun nak serasi perlukan masa..sebab tu ada orang 2,3 hari Ramadhan badannya lesu,tak larat nak buat kerja,monyok je macam anak-anak kecil belajar berpuasa:-)

Its normal kan..sebab badan kita nak serasi..sebab tu cuba mulakan awal supaya badan dan minda kita dah bersedia.

1 lagi sangat penting persediaan mental..Niat awal-awal nak berpuasa esok hari dan mohonlah doa dari DIA untuk berikan kekuatan,kesabaran dan ketahanan untuk berpuasa,,Insyaallah bila kita minta sungguh-sungguh DIA pasti perkenankan.


Pengalaman berpuasa sangat menyeronokkan oleh Puan Haridah semasa kehamilan anak ke 5.Dia sangat seronok dan tidak letih lagi seperti hamil anak ke 4 sebelum ni..Apakah rahsia beliau? jom tengok video ni:





7 Tips untuk kekal bertenaga dan cergas berpuasa bagi ibu hamil:

  • Bangun sahur setiap hari. Ambil makanan seimbang dan makanan yang memberikan tenaga seperti kurma,kekacang dan sumber protein lain.
  • Minum air kosong sebanyak mampu mungkin supaya badan cukup air dan tidak kekeringan
  • Elakkan pengambilan kaffein dan teh semasa sahur kerana ia boleh menyebabkan badan ternyahidrat/kekeringan
  • Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat badan dan juga elakkan pengambilan makanan tidak berkhasiat,makanan 'rapu' dan makanan tinggi gula yang boleh menyebabkan kadar gula tinggi dalam badan
  • Ambil jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas.Namun jika ibu suka minuman berkarbonat,boleh ganti dengan minuman bebas karbonat dan kurang gula ini iaitu Performance Drink
  • Ambil sup sayur-sayuran daripada pelbagai jenis sayur.Ini untuk membekalkan vitamin,mineral dan serat tambahan dalam diet ibu.
  • Pengambilan minuman berprotin tinggi seperti ESP membantu membekalkan tenaga lebih lama

Saya faham ada ibu tak 'lalu' nak makan nasi pagi-pagi kan..Jadi boleh cuba resepi ringkas kat bawah:


Resepi enak ketika bersahur,saya suka blend 3 biji kurma dengan 1 sudu ESP dan 2 sudu susu tepung ( apa-apa susu seperti anlene/anmum)..Insyaallah sangat sedap dan kenyang.. 

Lain-lain saya suka mix 2 sudu ESP+1 sachet tamar koko atau mix 2 sudu Vico/Milo bersama 1 Sudu ESP..Masyaallah memang lazat:-)


**Pastikan semasa membancuh ESP,gunakan air suam..JANGAN guna air panas nanti boleh matikan protin ni dan juga lebih daripada 3 sudu sehari untuk mengelakkan bebanan pada buah pinggang




Menu sahur lain juga boleh ambil:

  • Bijirin berserat tinggi seperti roti wholemeal,oat dengan susu skim rendah lemak
  • Buah-buahan termasuk pisang dan kurma
  • Nasi beras perang dan hidangan lauk ringkas seperti ayam,ikan,telur dan sebagainya

Selain daripada pemakanan,ibu hamil juga boleh rancang jadual harian agar tidak terlalu letih seperti:

  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat
  • Rancang jadual seharian dengan baik supaya ada masa rehat
  • Kurangkan kerja-kerja berat dan minta bantuan suami atau pembantu jika memerlukan
  • Elakkan berada di tempat cuaca panas untuk mengelakkan badan dehidrasi
  • Banyakkan aktiviti membaca alquran sepanjang hari dan elakkan aktiviti tidak berfaedah


Set Istimewa sepanjang Ramadhan -- set Mighty 3  GemS ( ESP,Mealshake,Performance Drink) untuk ibu,ayah dan juga anak-anak yang mula untuk berpuasa.

set tenaga ketika berpuasa


Dengan setiap pembelian set ini dengan keahlian akan mendapat 1 botol VITALEA secara PERCUMA..

Bagi ibu-ibu hamil yang mempunyai risiko komplikasi seperti mempunyai diabetes,asma,sakit jantung dan lain-lain.tanyalah pendapat doktor anda sebelum berpuasa.Insyaallah jika tiada masalah,boleh berpuasa seperti biasa.


Jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan set bertenaga berpuasa ini boleh hubungi saya seperti berikut..Saya akan berikan pelbagai resepi bersama set ini untuk anda nikmati.Cubalah pasti ibu akan rasai perbezaannya:-)













GMBM 1ST GIVEAWAY 2015

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.

Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog


  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu


  • Follow Google +



  • Like Fanpages 




  • Follow FaceBook

Norihan Yusuf


♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫

 
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.

Klik Banner GA Untuk Join

Monday, May 25, 2015

Cara Hilangkan Contengan di Dinding dengan Mudah

Hujung minggu adalah hari sangat sesuai untuk mengemas rumah,mencuci semua habuk dan mop seluruh rumah.Kebiasaan bagi ibu berkerja,hari minggu juga adalah hari 'operasi' keseluruhan rumah.

Hujung minggu lepas,saya mengambil peluang mengajak anak-anak turut serta membantu dalam operasi membasmi hasil-hasil kreatif mereka di dinding.Almaklum,dinding rumah ni sangat seronok rupanya menjadi 'papan utama' untuk menumpahkan idea..

Memang seronokkan tengok hasil seni anak-anak tapi STRESS nak oi bila tengok dinding putih dah jadi hitam..


Namun jangan risau,ibu ayah boleh hilangkan contengan di dinding dengan pencuci serbaguna bebas toksik ini iaitu Basic H..Saya ada kongsikan artikel lepas mengenai mudahnya kerja mencuci dengan Basic H ini..


Ya sangat mudah..

Hanya masukkan beberapa titis cucian berkepekatan tinggi ini kedalam penyembur dan masukkan air separuh..goncang..kemudian sembur pada tempat lakaran tersebut..

Gunakan kain/berus untuk mengelap atau menggosoknya..Insyaallah bekas conteng akan hilang..

Anda risau cat dinding akan luntur?? Oh TIDAK!! sebenarnya ia langsung TIDAK melunturkan warna dinding rumah.

Magixnya ia seperti 'clorox' tetapi ia langsung tidak 'tajam' dan meluturkan,malah bahan dari ekstrak jagung dan kelapa ini juga sangat sesuai jika ada anak-anak kecil dirumah..

Ibu ayah pasti maklum kekadang anak-anak juga ingin turut serta membantu melakukan kerja-kerja rumah..Jadi dengan Basic H  tidak perlu risau lagi kerana ia selamat,tidak menyebabkan alahan kulit dan bebas dari bahan toksik.


Hilangkan contengan dinding dengan Basic H



Cubalah aktiviti ini..Anak-anak pasti gembira membantu ibu ayah..Lagi-lagi hasilan kreatif mereka sendiri boleh di padamkan seperti menggunakan pemadam..hehe..magic kan ummie kata anak ketiga saya.



Pelbagai kegunaan Basic H




1001 kegunaan Basic H di rumah


Basic H bukan sahaja untuk menghilangkan contengan dinding,malah boleh membantu atasi pelbagai masalah seperti di atas..


Saya sangat syorkan anda memiliki 1 botol Basic H ini di rumah.


Tudung kembali putih selepas 'turun color'

dan


Periuk hitam pun boleh berkilat tau..Haa nak tengok??

.
.
.
.






Memang berbaloi guna Basic H ni..guna hanya beberapa titis sahaja dan sangat-sangat jimat..Di rumah saya dah hampir 7 bulan guna pun belum habis lagi..

dan yang paling saya jatuh cinta dengannya sebab bila saya mop saya tak perlu lagi nak bilas semula...Langsung tak melekit dan bersinar-sinar lantai..

memang bestla anak-anak golek kat lantai lepas mengemop..

Haaha..'rajin' betul ummi ni :-P

Kenapa perlu berkira-kira jika ia bebas toksik,mesra alam dan dari bahan organik??



Harga 1 botol Basic H ini hanyalah RM46 sahaja..Dapat pula pencuci ni bebas toksik,mesra alam dan daripada bahan organik..Serta paling penting tidak menyebabkan allergik atau kerengsaan pada kulit.


Berminat untuk dapatkan Basic H??

Anda boleh membuat pembelian menggunakan kad kredit/debit dengan click dibawah




Nak dapatkan Basic H dengan harga lebih jimat dan potongan harga lebih murah sehingga 20% dari harga pasaran serta mendapatkan 1 botol PERCUMA Multivitamin Vitalea??
DAPATKAN 1 BOTOL PERCUMA MULTIVITAMIN DENGAN MUDAH..
KETAHUI SYARATNYA DENGAN KLIK LINK DI BAWAH


Saya nak 1 botol vitamin percuma



Berminat untuk dapatkan supplemen kesihatan dan pencuci mesra alam ini??

hubungi saya seperti berikut:



Sunday, May 24, 2015

Resepi Lempeng Mealshake

Hujung minggu bersama keluarga sungguh enak menjamu selera kan..apatah lagi jika anak-anak makin membesar yang suka makan..

Nak buat lempeng kelapa,tapi takde kelapa..tengok ape yang ada kat dapur..jadilah lempeng mealshake ni memandangkan ada sikit je lagi mealshake untuk di perhabiskan..


Asalnya saya buat kuah kari untuk makan berbuka puasa bersama roti jala..memandangkan ada banyak lagi baki kuah kari,jadi godek-godekla apa lagi boleh di cicah dengan kuah kari ni.


Resepi lempeng mealshake


2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mealshake
2 sudu besar gula
1 biji telur
sedikit air

Masukkan semua bahan dan kacau rata..tambah air sedikit demi sedikit..Jangan terlalu cair atau pekat..Saya guna pemukul telur untuk kacau rata sehingga jadi gebu..senang pakai blender je sebenarnya..

Kemudian panaskan pan dan masukkan sesenduk bancuhan kedalam pan..

Siap masak dan sedia untuk dimakan:-)


Saya buat tak berapa manis..anak-anak suka sangat..Sambil cicah dengan kuah kari..

Mealshake membantu meningkatkan selera makan anak-anak,membekalkan keperluan vitamin dan mineral dalam badan serta mengelakkan sembelit..

Rasa vanilla yang enak memang habis sekali hidang je...hehe..

cubalah..pasti si manja anda sangat sukakannya..



Saturday, May 23, 2015

SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum..

Jom support kawan blogger kita ni



1) Hadiah Pertama - Preloved : RM 35 X 10 Pemenang
2) Hadiah Kedua - Selendang Dilara : RM 25 X 20 Pemenang

Mula : 07 MEI 2015  
TAMAT : 07 JUN 2015

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen

Assalamualaikum..

Jom join GA ini



SYARAT-SYARAT
  1. Buat entri bertajuk "Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen"
  2. Tampal banner di atas dalam entri anda
  3. Backlink kepada entri ini
  4. Tinggalkan link ke entri anda di ruang komen di bawah
  5. Follow blog XDramaQueen
  6. Like page XDramaQueen di SINI

Cara Merapatkan Kembali Bahagian Intim Selepas Bersalin Supaya Sehebat Malam Pertama

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu penyakit baru di kalangan wanita.Semasa mengandung saiz pelvik wanita membesar untuk menyokng proses kelahiran bayi.

Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita.Proses kelahiran turut menambahkan lagi perubahan tersebut.

Semasa melahirkan anak,dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan.Dalam sesetengah kes,dimana jika saiz bayi bersaiz agak besar atau kelahiran pertama,dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak.

Kelahiran bayi berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar.



Untuk mendapatkan kembali bahagian intim yang rapat,wanita perlu fokuskan kepada jenis rawatan,penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya memainkan peranan penting.

Rawatan



Ada pelbagai jenis rawatan selepas bersalin yang boleh di lakukan seperti bertungku,bertangas,sauna,skrub dan senaman,


> Skrub atau sentalan boleh menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang sudah berubah selepas bersalin.

> Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu,tungku herba atau tungku besi.Yang penting jangan malas bertungku

> Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri dirumah seperti mencuci bahagian sulit dengan air rebusan sirih selang sehari. Sirih boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim.

> Senaman Kegel juga sangat penting. Semasa pantang,senaman kegel dapat membantu proses penyembuhan luka episiotomi dengan lebih cepat,mengurangkan air kecil tidak terkawal dan menguatkan otot-otot pelvik.


Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?


1) Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kecil

2) Tahan selama 2-3 saat

3) Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat

4) Buat 25 kali (3x sehari) tidak kira di mana anda berada

5) Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini


Pemakanan Sihat

Makanan turut membantu dalam penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan baik kepada bahagian tersebut.

Jaga pemakanan selama 100 hari selepas bersalin.

Elakkan mengambil makanan kategori sejuk seperti timun,kobis,ais kerana ia memberi kesan tidak elok kepada ototbahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalkan pemakanan seperti ulam lengkuas yang di campur dalam setiap hidangan makanan dapat merapatkan semula rajim.

Khasiat MANJAKANI tiada keraguan lagi. Tannin yang terkandung dalam manjakani dapat menegangkan semula otot-otot dalam faraj sekaligus merapatkan bahagian longgar.

Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.


Tips untuk Penjagaan Alat Sulit 


  • Sebelum tidur bersihkan bahagian intim dari segala kotoran dan bau-bauan
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas semasa tidur
  • Jika ada masalah keputihan,berjumpalah doktor segera
  • Di galakkan wanita mengambil suplemen seperti EPO dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan baik

Alfafa Complex baik dalam rawatan masalah dalaman

Pengalaman saya sendiri saya mengambil Alfafa Complex untuk membantu masalah keputihan dan merapatkan kembali bahagian intim.Alhamdulillah pengambilan secara konsisten sangat membantu dan memberi keyakinan semula. Almaklum dah bersalin 4 orang anak memang sangat-sangat perlu penjagaan dalaman ini:-)







Friday, May 22, 2015

Cara Mencegah Darah Tinggi Agar Hidup Lebih Sihat dan Gembira

Penyakit darah tinggi antara penyakit tertinggi dan ramai menghidapnya di Malaysia. Di anggarkan 4.8 juta rakyat Malasyia telah menghidap penyakit darah tinggi atau hypertensi ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia (PHM) Datin Dr Chia Yook Chin berkata, pada 2006, statistik menunjukkan 32.6 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap masalah tekanan darah tinggi manakala 42.6 peratus berusia 40 tahun dan lebih.






Lebih membimbangkan dua daripada tiga pesakit tidak mengetahui mereka menghidap tekanan darah tinggi memandangkan ia tidak menunjukkan tanda awal seperti penyakit berbahaya lain.

Bahaya penyakit darah tinggi menyumbang 62 peratus kepada semua jenis penyakit, termasuk strok dan 49 peratus penyakit jantung selain turut menyebabkan masalah buah pinggang serta kegagalan fungsi hati.


Golongan yang berisiko cenderung mendapat darah tinggi:
  • Sejarah keluarga - faktor genetik
  • Peningkatan usia - lelaki cendenrung mendapatnya di usia pertengahan manakala wanita selepas mengalami menopaus
  • Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal - orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar nadi yang lebih tinggi, menyebabkan lebih kuat jantung bekerja dan menyebabkan lebih kuat tekanan di saluran arteri
  • Diet yang salah
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Berat badan berlebihan
  • Tekanan perasaan @ Stress
  • Merokok - tembakau boleh merosakkan saluran arteri

Bahaya darah tinggi jika tidak di atasi sebaiknya boleh menyebabkan risiko penyakit berikut
  • Strok
  • Sakit jantung - kegagalan jantung
  • Kerosakan buah pinggang
  • Kerosakan mata
  • Masalah hati

Sekarang ni boleh di katakan ramai golongan muda seawal 20 an sudah menghidap penyakit pembunuh senyap ni disebabkan faktor gaya hidup tidak sihat,kurang senaman,tidak mengawal stress sebaiknya.

Dengan gaya hidup tidak sihat (tidur lewat,bebanan dii tempat kerja.bebanan stress melampau) boleh menyebabkan seseorang boleh menghidap pemyakit ini tanpa disedari.

Sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan tekanan darah secara rutin dan tidak ada ubat yang mujarab melainkan pesakit perlu mengubah gaya hidup sihat

Tengok video ini bagaimana brother ni boleh bebas dari tekanan darah tinggi selepas beliau memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak bergantung kepada pengambilan ubat yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. Segalanya BOLEH dan TIDAK TERLAMBAT selagi kita mengambil keputusan drastik untuk mengubah kepada gaya hidup lebih sihat





Isteri mana tak sayangkan suamikan? Ayah mana tak risau pada masa depan anak-anak jika dirinya sudah tiada.

Penyakit darah tinggi boleh di atasi dengan disiplin dan semangat dalaman diri. 

>>Amalkan gaya hidup sihat ( tidur awal,tidak merokok,elakkan stress)
>> Senaman secara rutin setiap hari selama 30 minit
>>Pengambilan supplemen yang boleh mencegah dan mengatasi penyakit seterusnya membantu kehidupan lebih sihat tanpa pengambilan ubat yang mengandungi bahan kimia dan dadah
>> Turunkan berat badan jika berat berlebihan
>> Elakkan penggunaan garam melebihi 6gram sehari
>> Elakkan makanan segera dan perencah dalam masakan


Sekiranya anda sudah di sahkan mengalami darah tinggi,jangan jemu berusaha untuk menyembuhkannya. Cuba atasi dengan panduan di atas dan pastikan anda tidak bergantung kepada ubat darah tinggi yang banyak kesan buruk kepada kesihatan




Sekiranya anda memilih untuk bebas dari penyakit darah tinggi dengan ikhtiar pengambilan supplemen, saya boleh bantu anda..Sebelum ini juga saya mempunyai masalah ini dan alhamdulillah kini saya bebas dari penyakit 'pembunuh senyap' ini.

Saya ada ceritakan pengalaman saya di sini..Jika anda nak tahu boleh rujuk di sini


Saya doakan anda semua sentiasa di limpahkan dan dikurniakan kesihatan baik.Dalam Islam pun sangat di tekankan untuk kita berikhtiar mencari penawar terbaik dan seterusnya serahkan kepadaNYA yang Maha Penyembuh selepas berusaha terbaik.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai supplemen boleh hubungi saya seperti berikut:



sumber

Monday, May 18, 2015

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi ,Kajang dan Cyberjaya

Anda berminat untuk mendapatkan supplemen Shaklee dan berada di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang?  Ingin dapatkan segera supplemen Shaklee dan terus di hantar ke tempat anda atau boleh jumpa di mana-mana tempat yang mudah?



Adik-adik yang belajar di UNITEN,UKM,UPM,KOLEJ MARA BANGI,IUKL,MMU,KISDAR,Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya ingin mendapatkan supplemen set pelajar atau set kecergasan /set kesihatan untuk diri atau keluarga?

Saya telah amalkan pengambilan supplemen Shaklee sejak 2013 dan telah mengambil set kehamilan,set berpantang,set resdung. set menyusu , set kesihatan asas. set Asma /Allergy,set kurus dan pelbagai lagi.

Kebanyakan produk Shaklee telah saya ambil dan amalkan sendiri dan saya dapat merasai kesan baik kepada kesihatan saya dan keluarga dengan izinNya..Alhamdulillah

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk Shaklee,boleh hubungi saya seperti berikut.

Setiap Keahlian baru ( RM80 untuk Semenanjung  / RM90 untuk Sabah/Sarawak ) sepanjang MEI-OKTOBER  2015 layak mendapat 1 botol VITALEA (multivitamin kaya zat besi) dengan pembelian mana-mana produk Shaklee..

JOM rebut tawaran hebat ini..Jangan lupa promosi YES terbaik untuk penjimatan di musim GST ini dan juga promosi istimewa untuk nyahkan kolestrol bulan ini


Hubungi saya seperti berikut:


Al Fatihah Buat Arwah Ayah - 180501

Hari ini genap 14 tahun pemergian Arwah ayahanda yang tercinta..

Arwah yang banyak berkorban untuk keluarga.

Arwah yang sangat teliti orangnya

Arwah yang sangat kuat semangat dan penyabar orangnya

Arwah ayah tidak memiliki kenderaan motokar dan sebarang lesen kenderaan..Hanya kayuhan basikal tua..

Pernah sekali ketika di Matrikulasi dahulu,kakakku bercerita..

Begitu semangat ayahanda kayuh basikal ke pejabat pos di tengah terik mentari untuk pos buku-buku yang diriku inginkan..Ingat lagi ketika itu,cikgu minta tengok balik buku-buku rujukan SPM untuk ulangkaji kerana ada tajuk-tajuk yang lebih kurang sama dan perlu di refresh balik..

Ketika sampai buku-buku tersebut di pangkuanku,hampir jatuh air mata..

Buku-buku tersebut elok rapi di ikat sekemas-kemasnya dengan tali rapia..

Itulah arwah ayah..begitu cakna orangnya..

Arwah ayah peniaga kedai runcit dahulu..Even untuk menyusun makanan ringan/jajan.arwah akan susun cantik-cantik dalam balang..Strategi marketing katanya.

Arwah sangat teliti orangnya..Akan di tulis perbelanjaan bulanan dalam buku log. Perbelanjaan perkahwinan abang,kakak semuanya di tulis rapi untuk ketahui perbelanjaan samaada membazir atau tidak.

Arwah sangat cekap Matematik..Congak-congak sahaja di kepala..Tidak perlu tekan calculator sepertiku..

Allahu..Banyak kenangan bersama arwah..

Arwah menghembuskan nafas terakhir di petang Jumaat selepas jatuh ketika mengemas lalang di belakang rumah.

Ya Allah,semoga Engkau ampunkan dosa-dosa arwah ayah ibuku..Tempatkan roh-roh mereka di syurgaMu dan semoga roh mereka di kalangan orang-orang beriman..Ameen

AL FATIHAH

Sunday, May 17, 2015

7 Khasiat Buah Betik

Di petik daripada buku "Rasulullah is My Doctor', banyak rupanya khasiat buah betik ini..Bukan sahaja untuk masalah sembelit malah banyak lagi fungsi yang lain.



1) Menghalang Kanser

Betik kaya dengan vitamin C dan ia sangat efektif sebagai antioksida.Betik mengandungi folasin yang terbukti dapat mengurangkan kanser.


2)Menyembuh cirit-birit

Memakan betik mentah yang direbus dapat menyembuhkan cirit-birit yang teruk


3) Masalah Darah Tinggi

Makan betik setengah jam sebelum sarapan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi


4) Masalah Menstruasi

Makan betik masak pada setiap hari dapat melancarkan haid


5) Kulit Bermasalah

Sapukan betik matang yang sudah diparut pada tempat bermasalah selama setengah jam sebelum mandi.Cara ini dapat menghilangkan bintik-bintik dan noda-noda pada kulit. Menyapu jus betik mentah juga dapat membantu menghilangkan jerawat


6) Masalah Buang Air Kecil

Memakan buah betik secara teratur dapat menyembuhkan masalah buang air kecil


7) Perut Bermasalah

Makan betik masak pada waktu sarapan.Ini dapat menyembuhkan perncernaan,ulser dan meningkatkan selera makan.




Saturday, May 16, 2015

27 Rejab- Peristiwa Iskraj & Mikraj Nabi Muhammad S.a.w



Israk Mikraj
Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.


Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj 

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.   
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 

    Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

    • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
    • Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).  
    • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
    • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
    • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami. 
    • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 
    • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
    • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
    • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 
    • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. 
    • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
    • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua. 
    • Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

    Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) 

    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 

    Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 

    Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

    Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 

    Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS. 

    Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 

    Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

    Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

    Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

    Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya. 

    Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

    Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

    Allah SWT: Ya Muhammad.

    Rasulullah: Labbaika.

    Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 

    Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

    Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang. 

    Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

    Selepas Mikraj

    Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.