Nov 30, 2015

Buah-Buahan Pelindung Jantung

Hari ni di kejutkan berita dengan pemergian pelawak negara,PakYus Jambu..Semoga Allah tempatkan roh arwah di kalangan orang-orang soleh..Di katakan punca pemergiannya adalah disebabkan serangan jantung..

Hari ni saya nak share sedikit info mengenai buah-buahan yang boleh menjadi pelindung jantung. Jantung organ sangat penting dan kita perlu menjaganya dengan sangat baik. 


KALIUM penting untuk tubuh.Kekurangan kalium di dalam darah (hipokalemia) boleh menyebabkan gangguan jantung. Ini kerana kalium juga berperanan dalam pengecutan otot,mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit tubuh serta penghantaran impuls saraf.


Untuk mencegahnya,ambillah kalium secukupnya.Sumber kalium terbesar adalah TEMBIKAI dan PISANG. 1 atau 2 biji pisang sehari sudah memadai untuk memenuhi keperluan kalium tubuh.

TOMATO bersaiz sederhana memberikan 340mg kalium,separuh kandungan kalium dalam pisang. Sumber kalium lain adalah kurma,kismis,avokado dan strawberry.

Semoga kita dapat amalkan pemakanan yang baik dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bagus untuk kesihatan ini.


Sumber: iSihat

1 comment:

  1. buah kegemearan dan tomato juga kegemaran saya

    ReplyDelete