Oct 21, 2015

Tanda-tanda Demam kepialu dan Cara Mengelak daripada di Jangkiti

Kecoh sehari dua ini mengenai demam kepialu yang tiba-tiba sahaja di laporkan meningkat di kawasan Kajang dan Kuala Lumpur. Memandangkan ia penyakit yang jarang di perkatakan,hari ni saya nak share sedikit info mengenai demam kepialu ni..Lagilah tinggal kat Kajang kan..lagila kene aware..


Apa itu Demam Kepialu?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah,urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. 

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan menjangkit kepada orang lain.



Bagaimana Penularan Berlaku?

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi
  • Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi
  • Menggunakan bekalan air yang tidak bersih


Bahaya demam kepialu ini boleh menyebabkan:

  • Bahagian usus pesakit yang dijangkiti boleh pecah/bocor dan boleh menyebabkan pendarahan
  • BAkteria yang masuk ke dalam sistem darah boleh menyebabkan komplikasi di organ-organ lain selain usus
  • Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan secukupnya



Tanda-tanda anda menghidapi demam kepialu



Demam kepialu mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan segera.




Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas, Sebaik-baiknya masak sendiri di rumah dan dapatkan bekalan air yang bersih. 


Semoga Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat kita semua dan lindungi kita semua dari penyakit ini..


Credit Info:KKM

1 comment: