Oct 9, 2015

Kempen #100 'Life Jacket' - Persatuan Generasi Prihatin

Assalamualaikum..salam jumaat barakah buat semua..Semoga sihat-sihat ceria semua pengunjung blog ni ya..Hari yang baik ni saya nak share sedikit mengenai kempen 'life jacket' di bawah anjuran NGO Persatuan Generasi Prihatin. Saya dan suami adalah sukarelawan NGO ni.

Jom baca lebih details kempen ni ya..Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu saudara-saudara kita atau mungkin ada ahli keluarga kita yang terlibat untuk persediaan dan kegunaan di musim tengkujuh nanti.





--------------------------------------
KEMPEN #100 'LIFE JACKET'
--------------------------------------

Banjir pada musim tengkujuh di Pantai Timur adalah peristiwa yang berulang setiap tahun. Tempat-tempat berhampiran sungai utama adalah sangat berisiko dinaiki air.

Persatuan Generasi Prihatin (GenP) dengan rendah hatinya ingin melancarkan kempen persediaan pra-banjir dengan kerjasama aktivis kemanusiaan YM Dr Raja Shamri Raja Husin yang mensasarkan untuk membekal 100 unit jaket keselamatan kepada penduduk pinggiran sungai sekitar negeri Kelantan.

.
Jaket dewasa 70 unit x RM70.00 = RM4,900.00
Jaket kanak-kanak 30 unit x RM60.00 = RM1,800.00
JUMLAH = RM6,700.00

.
Sumbangan tuan-puan budiman amat berharga bagi mereka yang memerlukan. Bantuan boleh disalurkan terus ke Maybank 5628 3463 4845 (Persatuan Generasi Prihatin).

.
Mohon maklumkan sumbangan dengan sms / whatsapp kepada:

Puan Hafizah - 0136249186
Puan Asirah - 0122800682

Emailkan transaksi ke generasi.prihatin@gmail.com.


Info lanjut juga boleh layari FB page mereka di Persatuan Generasi Prihatin.

Semoga sedikit sebanyak sumbangan kita dapat membantu melengkapkan keperluan mereka di sana.Semoga Allah jua melimpahkan rahmat dan pertolongan buat kita semua. Insyaallah

No comments:

Post a Comment