Oct 6, 2015

10 Cara Mudah untuk Hilangkan Stress

Stress berlarutan disebabkan masalah pekerjaan,percintaan atau masalah keluarga boleh mengundang masalah kesihatan.Ada sesetengah orang suka menghabiskan masa dengan bercuti di tempat menarik atau menghabiskan masa di spa untuk tenangkan fikiran.Namun ada cara mudah dan murah yang juga membantu menghilangkan stress anda.






1) Hirup Udara Segar

  • Keluarlah pada waktu pagi untuk mendapatkan udara segar.Ini kerana pengeluaran vitamin D dalam badan oleh sinaran matahari pagi boleh meningkatkan hormon serotonin(bahagia). Menikmati pemandangan dengan aroma segar waktu pagi dapat mengalihkan daripada pemikiran yang serabut

2) Letak Tanaman Hijau 
  • Jika anda tinggal di kawasan bandar yang sibuk,anda boleh meletakkan beberapa tanaman hijau. Kajian yang di jalankan oleh Washington state University,meletakkan tanaman berdekatan dengan meja kerja akan menurunkan tekanan darah dan stress berkurangan.

3) Nyalakan Lilin

  • Menyalakan lilin dan amati kerlipan lilin yang indah.Suara alam dan cahaya lilin yang redup boleh membuatkan anda kembali tenang.

4) Bayangkan Tempat yang Tenang

  • Bayangkan tempat yang membuatkan anda merasa tenang seperti berada di tepi pantai,melihat pemandangan laut atau melihat beraneka warna bunga yang cantik.Tutupkan mata,fokus dan bayangkan tempat tersebut.Lakukan beberapa minit setiap hari
  • Penelitian dari University of California,Los Angeles menunjukkan bahawa badan akan mengeluarkan hormon kortisol(stres) ketika otak anda membayangkan tempat yang indah dan menenangkan.

5) Membaca & Rujukan Inspirasi

  • Ketika tenaga anda berkurangan dan tidak bersemangat,capailah buku yang di minati,buku motivasi dan lain-lain.

6) Tidur Siang

  • Ini mungkin sedikit sukar bagi yang bekerja makan gaji.Namun jika perlu,memadai anda menyandar kepala di kerusi sambil menutup mata beberapa minit untuk mengembalikan tenaga anda.

7) Pelihara 'Si Comel'

  • Tahukah anda memelihara binatang dengan memegang dan membelainya dapat menenangkan hati yang rungsing. Binatang peliharaan seperti burung,arnab,kucing atau ikan mampu mengurangkan stress anda.

Melihat ikan berenang dalam akuarium juga boleh menghilangkan stress


8) Senaman

  • Senaman amat baik untuk meningkatkan pengeluaran hormon endorphin (perasaan lebih baik). Ia juga membantu mengatur ritma tidur,meningkatkan tenaga,tenang dan lebih fokus. Pilihlah senaman yang anda sukai dan lakukan ketika waktu lapang


9) Ekspresi Rasa Syukur

  • Seseorang yang tidak segan untuk melafazkan rasa syukur dan terima kasih akan membantu meningkatkan hypothalamus(bahagian dari otak yang memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tingkat stres)
  • Anda boleh mengungkapkan dan menulis kata-kata positif pada nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada teman atau keluarga


10) Membaca Al-Quran

  • Ini adalah terapi terbaik bagi umat Islam. Membaca al-quran ketika stress membantu menghilangkan masalah yang di hadapi dan ia adalah terapi paling mujarab bagi muslim. Juga anda boleh tambahkan dengan memperbanyakkan zikir dan selawat.



Sumber:majalah rapi







1 comment:

  1. nice sharing ... kalau ada aquarium dalam rumah memang rasa tenang kan :)

    ReplyDelete