Jul 13, 2015

Manfaat Lobak Merah dalam Merawat 5 Jenis Penyakit

Lobak merah atau carrot mudah di dapati di seluruh dunia dan kita boleh mendapatkannya bila-bila masa. Ketika zaman sekolah dahulu masih saya ingat lagi,lobak merah sangat bagus untuk kesihatan mata dan di kategorikan sebagai Vitamin A.Masihkan anda ingat manfaat lobak merah untuk kesihatan diri? 





Lobak Merah sebenarnya sangat baik untuk kesihatan mata,kulit,tulang,hati dan otot-otot kita, Ia membantu membersihkan darah,membantu sistem pencernaan dan anti gas perut,


Kebaikan Lobak Merah 


1) Sebagai Tonik


  • Makan lobak merah mentah atau minum jusnya secara teratur dapat menjadi tonik yang baik untuk kesihatan mata dan kulit.
  • Untuk mengatasi masalah anak yang sering lesu,berikan 2 -3 sudu jus lobak merah di campurkan dengan 1 sudu teh madu

2) Masalah Mata
  • Seperti yang kita tahu,khasiat lobak merah adalah dapat membaiki kemampuan penglihatan. Sekiranya kita mengambil jus dan makan lobak merah setiap hari insyaallah dapat mengatasi masalah rabun.
  • Mencuci mata dengan air bekasan rebusan lobak merah mengatasi masalah ketegangan mata,

3) Batu Karang

  • Minum 1 gelas lobak merah,ubi bit dan timun dalam sukatan yang sama dapat membantu menghancurkan dan mengeluarkan batu karang daripada tubuh
Rupa Ubi Bit
  • Minum 1 gelas jus lobak merah dan sawi hijau dalam ukuran seimbang dapat menghilangkan batu dari saluran hempedu.

4) Masalah Kulit

  • Minum jus lobak secara teratur dapat menyembuhkan jerawat,kulit kering,gatal-gatal dan darah kotor. Kulit kita lebih berkilau dan terserlah aura kulit.

5) Gangguan Perut

  • Bagi anda yang mengalami cirit birit disebabkan sakit pencernaan yang kronik,perut tidak selesa dan kurang hadam bolehlah mengambil lobak merah segar atau minum jusnya secara konsisten.
  • Sekiranya anda mengalami masalah sembelit juga boleh minum campuran jus lobak merah dan bayam setiap kali selepas makan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat sayur ini untuk kesihatan diri kita. Saya pasti ramai ibu-bapa mula memperkenalkan lobak merah kepada anak-anak sejak dari bayi lagi. Alhamdulillah,banyakkan khasiat lobak merah ni. Semoga sedikit sebanyak membantu anda mengatasi masalah yang di hadapi.


Sumber: Buku Rasulullah is my Doctor

No comments:

Post a Comment