Jul 7, 2015

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar dan Doa yang Perlu diBaca

10 malam terakhir menjelma sudah..Subhanallah begitu cepat masa berlalu..Tinggal lebih kurang 9 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita..Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan terima segala amalan yang telah kita lakukan.

Menjadi impian semua islam untuk mendapat malam Lailatul Qadar yang dikatakan menyamai 1000 bulan.Beruntunglah sesiapa sahaja yang mendapatnya. Namun,adakah kita sudah bersedia dan telah bersedia untuk menerima kehadirannya?





Menurut beberapa hadis, malam lailatul qadar ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjan

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata: “Bahwasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadr. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut. Maka dari itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berusaha untuk meraihnya, dan beliau bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)

Doa malam Lailatul Qadar

Kita disunatkan untuk memperbanyakkan membaca doa di malamlailatul qadar,terutamanya dengan doa yang mathsur. Antara doanya ialah:



Dan disunatkan sesiapa yang bertemu Lailatul Qadar menyembunyikannya dan berdoa dengan ikhlas,dengan niat dan keyakinan yag sahih untuk meminta apa sahaja yang di sukai daripada perkara berkaitan dunia dan akhirat.

Imam Nawawi berkata " Tidak akan tercapai segala kelebihan Al-Qadar melainkan bagi sesiapa yang dipertemukan Allah dengan Lailatul qadar"

 Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa ditetapkan untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya.Boleh mulai dari jam 12.00 tengah malam :-

1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar
5. Zikrullah
6. Bertasbih
7. Selawat
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.

Amalan  bagi Wanita Haid/Nifas

Bagi wanita yang dalam haid/nifas ketika 10 malam ini, perlu menerima dengan redha ketentuan dariNya.Namun, mereka masih boleh beribadah dengan melakukan amalan-amalan seperti berikut:


Amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid/nifas tidak tertumpu kepada ibadah solat semata-mata.Amalan lain yang boleh di lakukan adalah seperti:

  • Perbanyakkan mentadabbur ayat-ayat alquran dengan melihat terjemahan dan menghayati maksudayat-ayat al quran
  • Perbanyakkan zikir berulang-ulang kali
  • Perbanyakkan istighfar dan mohon ampunan dariNya
  • Perbanyakkan selawat
  • Berdoa memohon hajat agar diperkenankan
  • Menghadiri majlis-majlis agama
  • Menolong memasak untuk berbuka puasa
  • Bersedekah
  • Menjaga lidah dari menyebut perkara-perkara lagha dan menimbulkan dosa
  • Membaca buku-buku agama

Semoga Allah izinkan kita untuk menemui malam lailatul Qadar dan semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan baik untuk beribadah pada malam-malam terakhir ini..Insyaallah..ameen

No comments:

Post a Comment