Jan 24, 2015

7 jenis makanan untuk pesakit sendi supaya boleh cergas sepanjang hari

Pada entry yang lepas saya ada kongsikan mengenai jenis-jenis radang sendi dan petanda mengalaminya.Artritis atau "radang sendi" adalah sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.

Radang sendi ini bukan sahaja boleh di rawat dengan pengambilan ubat-ubatan malah boleh di atasi dengan pengambilan pemakanan yang sihat di sekeliling kita.


Makanan juga dapat membantu mengurangkan sakit sendi dan seterusnya membantu sendi berfungsi dengan baik




1. Pisang



Sangat kaya dengan sumber magnesium dan Pottasium yang sangat bagus untuk membantu ketumpatan tulang dalam badan kita. Bagi pesakit sendi ini kebiasaannya mengalami masalah pada bahagian tulang boleh mengamalkan pisang dalam diet seharian.


2. Blueberries

Blueberries sangat tinggi antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun. Ada kajian menyatakan Blueberries dapat mengurangkan keradangan pada sendi dan mengurangkan bengkak pada bahagian sendi. Blueberries boleh di makan begitu sahaja,di jadikan jus atau 'dessert' 

3. Salmon

Ikan salmon sangat kaya dengan lemak Omega-3.Ia juga mengandungi minyak ikan omega yang juga sangat bagus untuk untuk mengurangkan keradangan. Ada kajian yang di jalankan mengatakan pengambilan lemak omega 3 akan membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan yang lebih baik untuk kesihatan diri

4. Green Tea

Terdapat pelbagai jenis Green Tea di pasaran. Ia sangat membantu dalam mengurangkan keradangan dan sangat tinggi oksidan.


5. Jus Oren

Jus oren sangat kaya dengan vitamin C. Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan luka lambat sembuh, gusi mudah berdarah dan lebam di bahagian badan. Pengambilan jus oren secara konsisten membantu menguatkan tulang rawan dan pengambilan setiap hari mengelakkan dari masalah sendi ini terbentuk


6. Nanas

Atlet-atlet sukan yang mengalami kecederaan pada sendi sangat di galakkan mengambil nanas kerana ia membantu mengurangkan kesakitan sendi dan sangat kaya dengan 'Bromelain'


7. Roti gandum dan bijirin

Makanan ini boleh membantu mencegah keradangan sendi dan membuatkan badan lebih fleksibel dan mengurangkan bengkak dan kesakitan setiap pagi


Amalkan juga supplemen khas untuk sendi supaya ia dapat membantu menyokong keselesaan sendi dan seterusnya memelihara tisu sendi dengan sihat.



No comments:

Post a Comment