Friday, November 28, 2014

Mudahnya dapat bekalan air bersih dengan Water Pitcher Shaklee

Musim kenduri kendara dah kunjung tiba..Cuti sekolah ni mesti ada yang nak hadiri kenduri saudara-mara  atau kawan-kawankan?? Masih mencari hadiah istimewa untuk bakal raja sehari? Haa saya nak cadangkan anda hadiahkan penapis air Water Pitcher ini..Sangat best!! Mesti pengantin pun teruja dapat hadiah ini..



water pitcher shaklee


Untuk makluman,Shaklee menyediakan Water Pitcher yang sungguh istimewa dan unik! Kebiasaan kita perlu pasang pada paip di sinki atau saluran paip..Tapi yang ini TIDAK!!

Bentuknya seperti jug yang boleh di bawa dan di angkut kemana sahaja anda pergi.. senang kata,Portable dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja.Owh sungguh mudah!

Bayangkan anda nak balik kampung,nak bercuti,nak ber 'camping' atau berkelah di luar,semestinya nak bekalan air yang bersihkan..Kenapa nak susah kalau anda boleh bawa sahaja Water Pitcher ini..Jimat duit dan air pun di jamin bersih dan sedap.


Saya pasti kebanyakan rumah sekarang dah ada penapis air yang di pasang pada saluran paip kan..Pernah tengok dan cuci tak penapis air tu? Fuhh, kalau kat KL ni, memang berkarat dan kuning la penapis tu..Sampai masa memang kene selalu tukarkan..


Bagi yang tinggal di apartment kos rendah,kemudahan air bersih sangatlah penting. Jika anda tak mampu untuk bayar beribu-ribu ringgit untuk memasang penapis air sedia ada,gunalah yang ini.Sangat mudah,jimat malah anda tak perlu lagi beratur untuk mengisi air dari mesin air di luar yang belum tentu terjamin kebersihannya.



Mengapa anda perlu memilih Water Pitcher Shaklee??




Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama


Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak dan menggunakan sumber tenaga elektrik

Water Pitcher ni merupakan jug pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon dan ia boleh menapis sehingga 303 liter air ( 80 gelen) bagi setiap blok.

Anda boleh memasang sendiri mengikut manual yang di sediakan ,tidak perlu maintenance bulanan, ada free karbon yang boleh di tukar selepas habis penggunaan 80 gelen ni ( 2 karbon di sediakan)


Sangat mudah dan saya pasti anda sukakannya.Angkut saja ke mana sahaja..



Berminat untuk mendapatkan water pitcher ini? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut.Saya telah menggunakannya dan sangat berpuas hati. 





SMS/WHATSAPP: 016 358 9018

PM FB : SUHAILA JOHAR @ FB PAGE: IMPIANZ SHOPPE
Email: sufiyah44@gmail.com




Wednesday, November 26, 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Keputusan UPSR 2014

Hari ini keputusan UPSR sudah di umumkan..Tahniah buat adik-adik yang berjaya cemerlang.

Tahun ini ada 3 orang anak saudara yang turut mengambil peperiksaan ini..

sorang dapat 5A
sorang dapat 4A 1B
sorang dapat 3A 2B

apapun keputusannya, tahniah atas prestasi yang ditunjukkan.




Bagi yang kurang cemerlang,usaha lagi jangan jemu.Ini bukan final destination.Panjang lagi perjalanan untuk adik-adik ya..

Selamat maju jaya,semoga terus cemerlang di masa akan datang




Tuesday, November 25, 2014

Penawar Alahan Seafood yang membuatkan muka tidak bengkak lagi

Saya menerima SMS dari seorang customer mengenai mukanya menjadi bengkak selepas makan udang dan ketam. Kulitnya juga turut gatal-gatal. Sudah lama katanya tak makan seafood. Mungkin alahan seafood katanya.


Alahan terhadap seafood


Sebelum itu,elok kiranya kita mengetahui bagaimana alahan terhadap makanan berlaku.

Alahan pemakanan adalah kesan tindakbalas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang di anggap berbahaya kepada badan.


Terdapat beberapa jenis pemakanan yang boleh menyebabkan alahan seperti:


  • Susu lembu.
  • Telur.
  • Kacang soya.
  • Gandum.
  • Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
  • Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
  • Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Bagi menghindari masalah alahan ini, seseorang itu perlu mengenalpasti jenis makanan yang alah kepadanya.

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.


Tanda-tanda alahan kepada makanan

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
  • 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
  • Kesukaran bernafas dan berdehit.
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah 
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
  • Perut yang sakit dan memulas.
  • 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.


Cara atasi masalah alahan


Untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu alah terdapat sesuatu makanan (food intolerance),pemeriksaan doktor perlu di jalankan untuk membuat diagnosa yang tepat.

Sekiranya sudah mengenalpasti makanan yang anda alah,anda perlulah cuba mengelakkan dari mengambil makanan ini.

Namun,kekadang teringin juga sekali-sekala nak makan udang,ketam dan sotongkan..Bagi anda yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba mengambil supplemen alahan ini.






Set ini terdiri daripada Alfafa Complex, Vitamin C dan B Complex.

1. Alfafa Complex
  • Alfafa Complex sangatlah bagus dalam mengurangkan masalah alahan ini. Ini di sebabkan ia bersifat antihistamine yang dapat mengurangkan masalah gatal-gatal dan kemerahan.
  • Kaya dengan sumber klorofil dan nutrisi

2. Vitamin C

  • Vitamin C juga bersifat antihistamine di mana ia dapat meningkatkan fungsi T-cell,dapat meningkatkan sistem immune badan dan sel darah putih.
  • Vitamin C juga diketahui mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 
  • penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi. 

3. B Complex


  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi 
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh.
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.

Testimoni pengguna yang telah mencuba set ini



Testimoni set alahan


testimoni set resdung


Alahan seafood ini boleh di katakan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau yang ada masalah resdung tu memang sah-sah cepat jela bengkak muka dan naik gatal-gatal.Tapi kekadang hati teringin jugak nak makan udang,ketam ni..Tapi kalau dah naik bengkak tu menyesal pulakkan..tapi dah terlepas makan nak buat camna..

So apa lagi ,kalau anda terasa nak nikmati enaknya makanan laut ni jangan lupa amalkan supplemen set alahan ini.Insyaallah makin lama alahan akan berkurangan dan hilang. Tak perlu lagi takut-takut nak jamah hidangan makanan laut selepas ni..

Nak dapatkan set alahan ini?

Boleh beli set ini melalui online di sini atau hubungi saya seperti berikut. Setiap order akan mendapat konsultasi dan panduan cara makan.

Harga bagi set alahan ini hanyalah RM200 sahaja. Ia boleh bertahan sehingga 4-5 bulan penggunaan.Oh sangatlah berbaloi!!..

Nak harga lebih murah? haa jom hubungi saya.Saya beritahu anda caranya..Hubungi saya seperti berikut:





Monday, November 24, 2014

Belajar sambil bermain di Festival Sains

Semalam,hari Ahad kami sekeluarga ke Festival Sains di Pusat Sains Negara. Baru pertama kali saya,suami dan anak-anak ke sana,jadi sedikit teruja. Seawal 9 pagi kami keluar rumah menuju ke Pusat Sains Negara.Jalan pun clear je dan senang pulak dapat tempat parking.



Pengunjung tak berapa ramai lagi ketika kami tiba.Kat depan pintu masuk ada diletakkan giant bubble..Apa lagi seronok la kami berbubble pagi-pagi. Seronok anak-anak bermain PERCUMA. Hanya kami sahaja di situ. Para pekerja yang bertugas hanya memandang kami dengan tersenyum..Haha..seronok tengok suami tiup,anak-anak mengejar belon.

Kemudian kami ke bahagian 'Festival Pets' dahulu memandangkan cuaca baik dan masih belum panas,jadi kami habiskan masa di sini dahulu.Di sini ada pameran burung,kucing,ular dan arnab. Kawasan ni kecil sahaja. Jadi jika anak-anak nak pegang burung,nak pegang kucing atau arnab,so bolehlah nak bermesra-mesra dengan haiwan jinak ni.




Oh ya,untuk masuk ke sini bayaran RM4 di kenakan untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ada juga aktiviti lain di sini seperti main giant bubble,menaiki kuda, cycle riding dan pelbagai lagi.

Di pintu masuk di tulis pembakaran kalori sebanyak 1000 kalori akan dilakukan..Wah..boleh kurus ni..

Selepas habis masa hampir setengah jam di bahagian ini, kami kemudian menuju ke bahagian bawah lagi.Terpaksa menuruni tangga lagi.Anak-anak turun dengan gelongsor. Jadi tak rasa penat sangat semasa menuruni bukit ini.



Rupa-rupanya kat bawah tu ada kolam renang untuk kanak-kanak..Sayang kami tak bawa baju persalinan.Jadi anak-anak hanya boleh tengok air kolam jela..Hehe,harap lah diorang tak mengamuk nak masuk dalam tu.

Kemudian kami panjat bukit kembali dan mulakan pengembaraan di dalam pusat sains negara. Banyak aktiviti menarik di dalam ini. Kami di beri sekeping borang di mana kami perlu minta cop pada booth-booth terlibat untuk menebus hadiah menarik.

Terdapat banyak aktiviti sains menarik yang ada di dalam Pusat Sains negara ni..Macam-macam anak-anak boleh eksplore..Ini memberi mereka pengalaman baru dan teruja belajar mengenai dunia sains.

Di ruang legar utama berlangsung acara membuat aiskrim menggunakan air kotak,ais cube dan tuala besar. Saya dan suami tidak dapat turut serta kerana anak-anak sudah teruja ke tempat lain.

Banyak juga aktiviti anak-anak join. Menjawab kuiz mengenai kesihatan gigi, menampal gambar kambing menggunakan kapas, Menjawab soalan berkaitan buku cerita, Pelajari sains menggunakan lego dan banyak lagi.



Memang sangat bagus untuk aktiviti kanak-kanak di sini. Saya sangat sarankan ibu bapa untuk bawa anak-anak ke sini sebab banyak sangat boleh mereka pelajari. Anak-anak pun sangat enjoy di sini. Di samping menimba ilmu, mereka juga dapat mengumpul 'gift' menarik selepas selesai aktiviti seperti dapat magnet sticky,sharpener,buku nota,topi dan pelbagai lagi.

Masih ada masa lagi jika anda ingin membawa mereka ke sini. Festival ini berlangsung sehingga 27 November ini. Jadi, ibu ayah yang ada cuti banyak lagi bolehla ambik cuti habiskan masa bersama anak-anak di sini.





Saturday, November 22, 2014

SEGMEN: Kapas Putih December Bloglist

Assalamualaikum..

Selamat pagi..selamat bercuti semua..

Pagi nak join segmen cik Kapas Putih ni..jom kawan-kawan semua..



Syarat senang wajib ikut:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Segmen ni berakhir pada 12.00 am, 1 December 2014.



Friday, November 21, 2014

Kemeriahan di Karnival Upin & Ipin 2014

Cuti sekolah akhir tahun sudah bermula akhirnya..Wah seronoknya adik-adik..Mak ayah sudah tentu dah sediakan 'planning' untuk cuti persekolahan ni. Mestilah nak manfaatkan masa bersama anak-anakkan? haa,bagi mak ayah sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur ni ada beberapa event istimewa sepanjang cuti sekolah ini..Antaranya adalah Karnival Upin Ipin 2014 di PICC Putrajaya..Haa Best tak??



Anak-anak kat rumah mesti suka tengok Upin Ipin kan..Haa inilah masanya mak ayah boleh bawak anak-anak bersua muka dan tengok depan mata keletah Upin Ipin ni..Lagi seronok kerana akan ada bersama watak Ultraman!

Wow!! Boleh bayang tak perasaan anak-anak kalau mak ayah bawa mereka ke karnival Upin Ipin ni? Mesti melompat-lompat kesukaan..Itu yang saya dapat bayangkan..

Karnival Upin & Ipin ni di anjurkan secara besar-besaran selama 3 hari bermula 21 November sehingga 23 November 2014 di PICC Putrajaya. Karnival bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik di sana dengan penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin dan Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.

Masuk adalah PERCUMA !


Untuk karnival kali ini, pihak Les’ Copaque Production menggunakan 2 dewan utama iaitu dewan A & B di PICC.  

 PICC PUTRAJAYA


Jom mak ayah, kita sama-sama meriahkan karnival ini bersama anak-anak tersayang.Pasti mereka gembira berjumpa watak-watak kegemaran mereka di sini.




Oh ya, sekiranya anda ingin mengelakkan kesesakan,anda boleh datang ke karnival ini menaiki bas awam atau boleh meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral dan naik bas yang disediakan secara PERCUMA.





Ok,selamat bercuti dan bergembira adik-adik.Semoga dapat menambah ilmu pengetahuan di Karnival ini nanti. Jangan lupa rakam gambar kegembiraan sebagai kenang-kenangan. 


Ok,Selamat bercuti kepada anak-anak semua dan selamat bergembira ibu ayah di samping anak-anak tersayang :-)


Credit
Credit2


Thursday, November 20, 2014

Rahsia hilangkan parut hitam jerawat untuk tampak jelita di hari bahagia

"Aish, majlis dah dekat ni..ada lebih kurang lagi sebulan je majlis aku ni..tapi parut hitam ni tak nak hilang pulak..Ish,malula..dahla lama tak bersua muka dengan bakal suami ni..Erm,biasa duk whatsapp je memang tak nampak la muka ni..ni dah nak kahwin ni,nak tatap muka aku tiap malam nanti..aish, malu la..Rungut Farina depan cermin..Lama di belek mukanya depan cermin..Banyaknya parut hitam jerawat lama di mukanya..Di tekan-tekan pipinya tanda tak puas hati"



Hai,parut oo parut..Kenapala ko ni degil sangat nak hilang ek..

Nak jadi raja sehari mestilah nak nampak cantikkan..Tak payahla nanti mak andam nak 'tochup' tebal-tebal tutup parut hitam berjerawat tu..

Ok,hari ni saya nak share beberapa tips buat bakal pengantin untuk hilangkan parut hitam berjerawat ni..Rawatan natural yang boleh dapat dari bahan-bahan sedia ada kat rumah..


1) Masker dengan Jus Lemon,Madu dan Gula

Ambil jus lemon,campurkan dengan sesudu madu. Masukkan sedikit air gula ke dalam campuran ini. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas sampai bersih. Lakukan setiap hari

2) Enzim buah-buahan

Pes buah-buahan segar sangat membantu untuk mengurangkan parut hitam ini. Caranya lenyekkan buah-buahan segar seperti buah nenas,betik,strawberry dan aprikot,tempekkan pada parut hitam tersebut dan biarkan selama 15 minit. Bilas sehingga bersih

3) Sayur-sayuran

Sayur-sayuran pun boleh bantu hilangkan parut hitam ni..haa jangan tak percaya pulak..

- Campurkan bawang dan cuka epal bersama dan tempekkan pada parut hitam tersebut. Biar selama 30 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. Boleh di ulang setiap hari selama seminggu.

- Lenyekkan 1/2 cawan kacang peas dalam tin dengan air suam. Dah jadi pes tu boleh tempek pada parut hitam dan biarkan selama 30 minit dan bilas


4) Susu

Susu banyak khasiatnya. Anda boleh sapu susu masam dengan putik kapas pada parut hitam. atau anda juga boleh campur yogurt dengan campuran air limau.Sapu ke merata muka dan lakukan setiap hari

Sumber


Haa..banyak sebenarnya ramuan sekeliling kita yang boleh membantu mencantikkan kulit muka ni..cuma malas atau rajin je kan??

Eh kalau nak jadi pengantin mestilah kene rajin..Kalau tak camna nak nampak berseri kan..

Kalau anda nak lagi cepat parut hitam berjerawat ni hilang, saya cadangkan anda mengambil ESP dan Vitamin E.


set kulit cantik shaklee


Ambil secara konsisten setiap hari ESP dan Vitamin E ni..Malah anda juga boleh membuat masker setiap malam menggunakan Vitamin E atau ESP ni..

Sebenarnya jika badan kita kurang vitamin,makan cepatlah jerawat tumbuh,muka berminyak,muka tak berseri dan parut susah nak hilang.Sebab tu penting pengambilan protein dan makanan berkhasiat ni..


Kebaikan Vitamin E


Vitamin E memang dah sinonim dalam dunia kecantikan. Vitamin E membantu melembapkan kulit dan ia amat terkenal sebagai antioksida yang tinggi. Ia mampu memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas dan sinaran matahari agar tidak rosak. Vitamin E juga membantu kulit sentiasa kekal muda dan mengelakkan penuaan. 

Vitamin E ni bukan sahaja boleh di makan malah seperti saya maklumkan di atas ia boleh di buat masker.

Caranya sangat mudah. Hanya cucuk 1 biji kapsul Vitamin E dengan menggunakan jarum dan picit keluar isinya.Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas muka sehingga bersih..

Haa senang tak..


Kebaikan ESP

ESP ini adalah soya non GMO bermutu tinggi. Protein sangat penting untuk pembentukan sel-sel baru ,menggantikan sel-sel kulit lama yang mati dan menjadikan kulit lebih anjal. Jadi pengambilan ESP setiap hari dapa  membantu mengurangkan jeragat,pudarkan jeragat dan menjadikan kulit gebu dan mulus sentiasa.

selain untuk minuman, ESP juga boleh di buat masker..Hanya bancuh bersama yogurt asli dan tepek pada seluruh wajah selama 30 minit. Boleh buat seminggu 2,3 kali. 





Testimoni set kecantikan shaklee

Testimoni set kecantikan shaklee







Ramai dah mencuba ESP dan vitamin E ini dan berpuas hati. Boleh guna untuk dalaman dan luaran,memang jimat habis..Tak percaya? 

Cubalah,anda pasti akan berpuas hati..ESP boleh bertahan sehingga 1-2 bulan penggunaan dan vitamin E sehingga 4 bulan..Owh,sangat-sangat berbaloi..Rugi tau anda tak cuba kalau nak wajah cantik dan kulit bebas parut hitam ni..

Berminat untuk mencuba set kulit ini? jom hubungi saya segera seperti berikut















Monday, November 17, 2014

Atuk terpaksa di potong kaki kencing manis gara-gara ketagih makan ayam segera

Pagi ini saya menerima SMS dari seorang cucu yang sangat risau atuknya bakal kene potong kaki lagi akibat masalah diabetes yang teruk.

Berikut adalah SMS beliau:

"Atuk saya dah potong satu kaki kerana masalah diabetes yang teruk. Bacaan gulanya terlalu tinggi, doktor dah nasihat suruh kawal makan berulang kali, tapi dia tetap degil. Atuk saya suka sangat makan fast food XXX . Sekarang ini dia mungkin kena potong lagi sebelah kaki. Saya merasa amat risau sis. Ada tak cadangan dari Shaklee yang boleh membantu atuk saya? TQ "


Saya juga ada membaca kisah perit kehidupan pesakit kencing manis ini. Bukan mudah hidup dengan satu kaki atau 'kaki kudung' ini. Ada terpaksa menggunakan kerusi roda dan tinggal bersendirian di rumah. Jika berlaku kepada si bapa, sudah tentu tidak dapat lagi keluar mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Oh peritnya hidup..Lagi menderita jika tiada sesiapa boleh menguruskan kehidupan seharian.


Statistik Penyakit Diabetes

Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, Statistik terbaharu penyakit kencing manis atau diabetes melibatkan 189 juta penduduk dunia dan, 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes. Statistik menunjukkan bahawa terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes.






Apakah itu diabetes Mellitus @ kencing manis?

Diabetes Mellitus atau kencing manis ini adalah di mana paras glukosa ( gula) dalam darah terlalu tinggi desebabkan oleh kekurangan atau kurang kerberkesanan insulin. 


Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga. Penurunan insulin menyebabkan kandungan gula dalam tubuh tidak dapat diproses dengan sempurna, sehingga kadar glukosa di dalam badan akan meningkat.
Elemen-elemen ini mengandungi unsur karbohidrat yang berfungsi dalam memberikan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti harian, Hormon insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein yang diproses daripada gula yang diserap di dalam darah.
Paras glukosa yang tinggi menyebabkan darah seseorang itu menjadi manis dan melimpah keluar ke dalam urin (air kencing) yang dihasilkan. Inilah sebabnya penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit gula atau penyakit kencing manis.

Terdapat 2 jenis kencing manis yang merbahaya iaitu :

 Kencing Manis Type 1
Dalam kes kencing manis jenis 1, system imunasi badan, yang sepatutnya memerangi bacteria atau virus berbahaya, menghancurkan sel beta pancreas yang menghasilkan insulin. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan atau langsung tidak ada insulin. Ini menyebabkan gula tidak dapat diangkut ke dalam sel-sel badan dan terkumpul di dalam aliran darah. Kebiasaan ia berlaku kepada kanak-kanak atau remaja.
Bagi pesakit kencing manis jenis ini, pesakit perlu mengambil suntikan insulin , pengambilan makanan seimbang dan membuat senaman.
 Kencing Manis Type 2
Dalam keadaan kencing manis jenis 2, sel-sel badan menjadi tidak senstif terhadap tindakan insulin dan pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukup untuk mengatasi masalah ini. Ini turut menyebabkan gula terkumpul di dalam aliran darah. Punca sebenar yang menyebabkan ketidak sensitifan insulin (insulin resistance) ini masih tidak diketahui.Ia biasanya berlaku kepada golongan dewasa berusia 35 tahun ke atas dan pesakit kencing manis yang mempunyai keturunan penyakit ini mewarisi penyakit ini dari datuk,nenek,ibu atau ayah.



Gejala atau tanda-tanda diabetes yang umum terjadi adalah:
  • Dehidrasi
  • Rasa haus terus-menerus
  • Peningkatan frekuensi kencing
  • Selalu sakit Kepala dan Loya
  • Kelelahan
  • Penurunan berat badan
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lama

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda atau gejala ini,saya sarankan segeralah berjumpa dengan doktor. Amat penting ujian pemeriksaan setiap tahun bagi memastikan diri kita bebas dari penyakit merbahaya ini.


Amalkan gaya hidup sihat

Penjagaan makanan adalah sangat penting sekiranya anda telah menghidap penyakit ini. Malah jika anda penggemar teh tarik, nasi lemak dan kuih-muih manis yang lain, berhati-hatilah dan kawallah segera pengambilannya.

Senaman secara teratur dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan masalah ini sekaligus mengelakkan masalah dari kaki perlu di potong, komplikasi sakit jantung dan masalah-masalah kritikal yang lain.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan secara konsisten juga perlu di ikut oleh pesakit diabetes. Bagi mengurangkan masalah ini jua, pesakit diabetes boleh mencuba supplemen bersesuaian.

Dalam shaklee, VIVIX dapat mengurangkan komplikasi gula dalam darah ini bagi membantu pesakit diabetes.

Vivix adalah minuman  campuran botani  revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.





Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi. Ia bebas bahan kimia,pewarna ,perisa tambahan malah mendapat kelulusan HALAL.

Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.
Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.





Testimoni VIVIX

Ramai pesakit diabetes telah mencuba vivix ini dan alhamdulillah menunjukkan kesan positif.






Lagi testimoni vivix boleh di baca di sini

Sekiranya anda ingin mendapatkan supplemen vivix ini boleh hubungi saya untuk order dan konsultasi makan atau sekiranya ingin membeli sendiri vivix menggunakan kad kredit/debit anda boleh klik pada link di bawah:


Harga 1 botol vivix ini adalah RM475. Anda mungkin merasakan ia sangat mahal kan.. Namun apalah sangat harga ini berbanding nikmat kesihatan yang tiada nilai bandingnya. Apatah lagi jika perlu di potong kaki,bermaknakah duit kita ada atau di simpan?

Saya hanya ingin membantu anda. Ramai telah mencuba dan alhamdulillah menunjukkan kesan positif. Tidak salah mencuba kan..

Ok,hubungi saya segera ya..cegah sebelum keadaan bertambah parah!