Aug 29, 2014

Kelebihan AL kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum...

Jumaat yang sungguh indah..Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita hari ini

Syukur Alhamdulillah..

Hari Jumaat seperti biasa jangan lupa baca surah Al-Kahfi ya..Banyak fadhilat membaca surah ni..patut menjadi amalan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir untuk elakkan dari fitnah dajjal pada akhir zaman ni..


1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)


Bacaan oleh Imam Mishary..Subhanallah..semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan kita sentiasa dalam Rahmat dan Kasih SayangNya..






No comments:

Post a Comment